Siakap Keli
Kredit: Pixabay & Pexels

Anda Tidak Pernah Tahu 20 Hari Sambutan Sedunia Ini Wujud Sebenarnya

1. Hari Nadi Sedunia (10 Februari)

10 Februari merupakan Hari Nadi Sedunia. Perkara yang menghairankan dalam hari istimewa ini adalah ia didedikasikan kepada kekacang. Mesti pelbagai persoalan yang timbul seperti apakah hubung kait antara kekacang dengan nadi manusia. Jawapannya ialah kekacang umpama ‘nadi’ dalam bekalan makanan global untuk memerangi kelaparan dunia dan menyediakan pemakanan yang berkualiti. Selain itu, ia adalah sumber protein yang mesra alam.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

2. Hari Gembira Sedunia (20 Mac)

Sejak 2013, Hari Gembira Sedunia telah disambut pada 20 Mac oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Hari ini merupakan sebahagian daripada rangka umum untuk Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) dan persetujuan untuk mengatasi perubahan klimaks. Pertubuhan Bangsa Bersatu telah menjemput negara anggotanya dan masyarakat sivil global untuk meraikan hari ini melalui tindakan pendidikan dan meningkatkan kesedaran.

3. Hari Bahasa Perancis (20 Mac)

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Douce France. Cher pays de mon enfance.

Bahasa Perancis, merupakan satu bahasa yang memiliki beberapa ratus jutaan penutur di seluruh dunia, turut menjadi tumpuan pada 20 Mac. Hari ini didedikasikan untuk Bahasa Perancis adalah sebahagian daripada enam hari bahasa yang bertujuan untuk meraikan multibahasa dan kepelbagaian budaya. Lima yang lain ialah bahasa Arab, Inggeris, Cina, Sepanyol dan Rusia. Jika anda seorang francophone, jangan lepaskan untuk meraikan hari istimewa ini. Je t’ai gardée dans mon cœur.

4.  Hari Nowrud Sedunia

Pada hari keesokkannya merupakan sambutan Hari Nowrud Sedunia. Nowruz, Juga boleh dieja sebagai Novruz, Navruz, Nooruz, Nevruz, atau Nauryz. Ia bermaksud “hari baharu” dan menyambut ketibaan musim bunga. Perayaan ini telah wujud selama beberapa milenium di Balkan, Caucasus, Asia Tengah dan Timur Tengah. Ia disambut oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia. Peringatan kepada penganut agama Islam, walaupun perayaan ini disambut di negara Timur Tengah, jangan terkeliru kerana ini merupakan perayaan untuk penganut agama Majusi.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

5. Hari Bumi Sedunia (22 April)

Pada 22 April, Hari Bumi Sedunia diadakan untuk menyambut hubungan antara kita, manusia dengan planet ini. Sambutan ini juga mengingatkan kita bahawa kita dan alam sering bergantung antara satu sama lain. Pada hari penting ini juga, kita akan berfikir sejenak dan mendidik diri kita mengenai biodiversiti terancam dan bencana alam yang semakin banyak dek kerakusan umat manusia.

6. Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (23 April)

Hari istimewa ini disambut pada 23 April bersempena pemergian Shakespeare dan Cervantes. Hari ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca dan mengingatkan kita mengenai kunci ilmu yang terdapat pada buku-buku di seluruh dunia. Pada tahun 2021, bandar Tbilisi, Georgia, dinamakan Ibu Kota Buku Dunia.

7. Hari Jazz Sedunia (30 April)

30 April ialah apabila jazz diraikan sebagai alat untuk mempromosikan keamanan, dialog, kepelbagaian dan penghormatan terhadap moral manusia. Pada hari ini, jazz diraikan melalui konsert, pertunjukan dan aktiviti pendidikan di seluruh dunia.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

8. Hari Tuna Sedunia (2 Mei)

Hari Tuna Sedunia ialah hari istimewa yang mengambil tempatnya pada 2 Mei, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk memastikan pemuliharaan jangka panjang tuna. Tujuh daripada spesies utama ditangkap dengan cara yang tidak mampan kerana populariti ikan tuna di kalangan pengguna. Tuna mewakili satu perlima daripada nilai perikanan dunia.

9. Hari Wesak (29 Mei)

‘Wesak,’ hari bulan purnama, adalah hari keramat bagi berjuta-juta penganut Buddha di seluruh dunia. Buddha dilahirkan pada Hari Waisak, pada tahun 623 SM. Hari ini, yang disambut pada 26 Mei, bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan agama Buddha kepada kerohanian manusia.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

10. Hari Yoga Sedunia (29 Jun)

21 Jun adalah Hari Yoga Antarabangsa. Ia adalah peluang untuk memberi penghormatan kepada peranan amalan ini yang semakin popular dalam meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental manusia.

11. Hari Asteroid Sedunia (30 Jun)

Hari Asteroid Antarabangsa berlangsung pada 30 Jun. Hari ini bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang peluang dan risiko asteroid terhadap planet kita. Hari yang disetujui PBB dengan harapan agar dapat mempromosikan penyelesaian yang diselaraskan pada skala global.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

12. Hari Koperasi Sedunia (3 Julai)

Hari Koperasi Sedunia berlangsung pada 3 Julai. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap koperasi. Menurut laman web rasminya, ia juga menggalakkan “perpaduan antarabangsa, kecekapan ekonomi, kesamarataan dan keamanan dunia.”

13. Hari Catur Sedunia (20 Julai)

20 Julai telah disambut sebagai Hari Catur Antarabangsa sejak tahun 1966 oleh Persekutuan Catur Antarabangsa, ulang tahun penubuhan persekutuan tersebut di Paris pada tahun 1924. Perhimpunan Agung PBB mengambil tarikh ini pada tahun 2019 untuk memberi penghormatan kepada permainan kuno ini yang dimainkan pada semua benua.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

14. Hari Udara Bersih Antarabangsa untuk Langit Biru (7 September)

Hari Udara Bersih Antarabangsa untuk Langit Biru berlangsung pada 7 September. Matlamat hari ini? Untuk mengingatkan kita tentang isu penting kualiti udara, baik untuk kesihatan dan iklim.

15. Hari Terjemahan Sedunia (20 September)

Tarikh 30 September dipilih untuk Hari Terjemahan Antarabangsa kerana ia adalah tarikh pemergian Saint-Jerome, seorang penterjemah Bible. Hari ini meraikan kepentingan multibahasa dan kerja penterjemah.

16. Hari Kapas Antarabangsa (7 Oktober)

Hari Kapas Sedunia pada 7 Oktober dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan kapas dalam pembangunan ekonomi dan pengurangan kemiskinan. Fabrik ini menampung lebih daripada 100 juta keluarga di seluruh dunia, kebanyakannya merupakan pekebun kecil dan pekerja luar bandar.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

17. Hari Pos Sedunia (9 Oktober)

Sejak 1969, Hari Pos Sedunia telah disambut pada 9 Oktober, ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sejagat (UPU) pada tahun 1874. Lebih daripada 150 negara menyambut hari ini, dan ia adalah cuti umum untuk pekerja di beberapa negeri. Ia juga merupakan peluang bagi Pejabat Pos untuk menganjurkan pameran dan lawatan atau mengeluarkan setem baharu.

18. Hari Statistik Sedunia (20 Oktober)

Min, median , mod, varian, sisihan piawaian, korelasi Pearson, ANOVA… Anda mesti merasa istilah ini sudah sebati dalam kehidupan anda khususnya ketika anda menjalankan kajian kuantitatif. Kaedah statistik digunakan untuk menganalisis data mentah dan siapa sangka, kaedah ini juga memiliki hari istimewanya tersendiri.

Gambar hiasan | Kredit: Facebook

Sejak 2010, Hari Statistik Sedunia telah dianjurkan setiap lima tahun pada 20 Oktober untuk mengiktiraf peranan statistik dalam kerjasama dan pembangunan.

19. Hari Sukarelawan Sedunia (5 Disember)

Hari Sukarelawan Antarabangsa pada 5 Disember bertujuan untuk memberi penghormatan kepada kesan positif kesukarelawanan. Sukarelawan membantu dalam membangunkan dan menyelesaikan masalah sosial, alam sekitar dan kesihatan. Pada tahun 2020, tumpuan diberikan kepada tindakan mereka yang menawarkan diri untuk memerangi wabak Covid-19.

20. Hari Neutraliti Antarabangsa (12 Disember)

Neutral, ditakrifkan sebagai tindakan negara yang menahan diri daripada mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam peperangan, disambut pada 12 Disember. Ia diiktiraf sebagai alat untuk keamanan dan keselamatan di dunia.

Berikut sahaja perkongsian mengenai 20 hari istimewa yang mungkin anda tidak tahu.

Sumber: Zeleb.es via MSN

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma