Siakap Keli
balai polis palsu
Gambar: Dailymail

Buka Berhampiran Balai Sebenar, Balai Polis ‘Palsu’ Diserbu Selepas Lapan Bulan Beroperasi Tipu Penduduk

Buka Berhampiran Balai Sebenar, Balai Polis ‘Palsu’ Diserbu Selepas Lapan Bulan Beroperasi Tipu Penduduk

Sebuah geng di India dilapor telah membuka sebuah balai polis palsu dan beroperasi selama lapan bulan sebelum ia diserbu pihak berkuasa di India, lapor Daily Mail.

Balai polis berkenaan beroperasi dan menjalankan aktiviti jenayah seperti memeras ugut penduduk tempatan bagi mendapatkan wang.

Penyamar itu terdiri daripada enam individu yang mengenakan pakaian seragam polis palsu dan beroperasi di luar sebuah hotel di bandar Banka, di timur laut India, yang terletak hanya 450 meter dari balai polis sebenar.

“Pegawai” itu memberitahu penduduk tempatan bahawa mereka boleh menangani pelbagai isu bermula daripada menerima laporan jenayah hinggalah menguruskan permohonan perumahan sosial dan juga mendapatkan mereka pekerjaan dalam polis.

Bagaimanapun, bagi setiap permohonan atau urusan itu, mereka dikehendaki membuat bayaran antara RM 4.50 hingga lebih RM 45 untuk diuruskan. Hakikatnya, “kertas laporan” yang diterima itu sebenarnya dibuang begitu sahaja di ‘ibu pejabat’ mereka apabila sudah menerima bayaran.

Selain itu, kumpulan ini juga mengupah beberapa orang penduduk dari kawasan luar banda untuk menyamar sebagai anggota polis yang bertugas di balai polis tersebut dengan bayaran RM 22 sehari.

Kegiatan umpulan itu hanya terbongkar selepas seorang anggota polis sebenar yang terserempak dengan anggota polis daripada balai ini dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Polis sebenar berkenaan mendapati pistol yang dibawa oleh penyamar-penyamar berkenaan bukan pistol standard yang digunakan polis India.

Anggota kumpulan yang ditahan itu telah menafikan salah laku, dengan menyangka mereka mempunyai pekerjaan sebenar dalam pasukan polis.

“Kami ada mendengar tentang individu menyamar menjadi polis atau pegawai penyiasat di negara ini. Ini adalah kali pertama kami mendengar tentang balai polis palsu,” kata seorang pegawai kepada media tempatan.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.