Siakap Keli
jangan panik duit hilang dalam akaun ban
Gambar Hiasan Via Google

Jangan Panik Duit Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Langkah Yang Perlu Anda Lakukan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangan Panik Duit Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Langkah Yang Perlu Anda Lakukan

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai beberapa kes kehilangan wang secara tiba-tiba di dalam akaun bank. Bahkan ada yang mendakwa telah kerugian sehingga ratusan ribu ringgit akibat daripada kejadian tersebut.

Ia juga secara tidak langsung dikaitkan dengan kegiatan ‘scammer’ yang bijak mengatur langkah sehingga berjaya ‘melesapkan’ wang tersebut sekelip mata sahaja.

Berikutan itu juga ramai yang mula bimbang mengenai nasib wang di dalam akaun bank mereka dan takut jika perkara sama berlaku terhadap mereka.

Andai kata ia berlaku kepada anda, jangan panik kerana ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh anda termasuk memfailkan saman.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, mari ikuti perkongsian firma undang-undang Messrs.Azimah & Co di bawah ini.

BUNTU DUIT HILANG DALAM AKAUN BANK ANDA???

INI LANGKAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN

1) HUBUNGI TALIAN HOTLINE BANK ANDA UNTUK
MEMBUAT SEKATAN KE ATAS AKAUN ANDA.

Maklumkan kepada pihak bank anda mengesyaki
pihak lain melakukan transaksi tanpa kebenaran anda.

2) KUMPUL BUKTI

  1. Mesej pengeluaran/pemindahan yang diterima
    daripada pihak bank ke telefon anda.
  2. Screenshot online transaction daripada website bank
    anda (sekiranya anda mempunyai akaun untuk online
    transaction.). Jika tidak, boleh minta salinan transaksi
    di kaunter bank.

3) REPOT POLIS

Buat report polis di balai polis berhampiran mengenai
pengeluaran/ pemindahan duit yang berlaku.

4) PERGI KE CAWANGAN BANK TEMPAT ANDA BUKA AKAUN

  1. Namun sekiranya jauh dari tempat anda berada
    sekarang, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan
    bank berdekatan. Bawa segala dokumen yang
    berkaitan termasuk repot polis.
  2. Maklumkan kepada pihak mereka kejadian yang
    berlaku. (Pihak bank akan memaklumkan tempoh
    masa untuk mereka melakukan siasatan).
  3. Ambil nombor telefon pegawai bank yang berurusan
    dengan anda.

5) ANDA BOLEH TUNGGU SEHINGGA DIHUBUNGI OLEH PIHAK BANK.

ATAU

6) JIKA TIDAK MAHU MENUNGGU LAMA, ANDA BOLEH MENGHANTAR LETTER OF DEMAND (LOD) KEPADA PIHAK BANK

  1. Lantik peguam untuk menyediakan LOD bagi
    mendapatkan penjelasan tentang transaksi yang
    berlaku tanpa pengetahuan anda.
  2.  Peguam akan request pihak bank untuk melakukan
    siasatan dalam tempoh yang diberikan.

7) Sekiranya penjelasan yang diberikan oleh pihak bank tidak memuaskan, atau anda mendapati wujud faktor kelalaian, atau kemungkinan data privasi anda dicerobohi, anda boleh mengambil tindakan lanjut dengan MEMFAILKAN SAMAN.

Kos untuk menyediakan LOD tidak seperti kos memfailkan saman. Ia jauh lebih murah dan merupakan langkah yang cepat jika anda ingin mendesak bank meneliti apa yang berlaku pada akaun bank anda dengan kadar segera. Namun perlu diingat, langkah ini hanyalah membantu mempercepatkan proses siasatan. Ini bukanlah suatu jaminan bahawa duit anda akan dipulangkan!

Setelah maklum balas diperolehi dari pihak bank, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan pihak bank, anda boleh mendapatkan nasihat daripada peguam anda untuk langkah seterusnya.

*ADDITIONAL INFO:

PIDM

Ada sesetengah pihak salah faham mengenai fungsi PIDM. Katanya, orang yang kehilangan boleh menuntut dengan bank sebab duit kita di insuranskan dilindungi bawah PIDM.

Abang-abang, kakak-kakak, duit simpanan anda dilindung sekiranya berlaku kegagalan bank dengan erti kata lain bank tempat anda simpan tu BANKRAP. Insurans bawah PIDM ini tidak melindungi untuk kes-kes terpencil seperti kehilangan duit daripada akaun simpanan individu.

“Sistem Insurans Deposit ialah sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit diinsuranskan yang disimpan di institusi ahli sekiranya sesebuah institusi ahli mengalami kegagalan. Bank perdagangan dan bank Islam yang merupakan institusi ahli PIDM juga dikenali sebagai bank ‘ahli’.” – petikan daripada website PIDM

Complaint Form – Bank Negara:

Untuk isu hilang duit ni, ada yang mendakwa pergi ke bank dan mintak dengan officer nak isi borang BNM. Siap cakap setiap bank MESTI ada borang tu. Kalau tak menjadi satu kesalahan kalau officer bank tak bagi kita isi borang tu.

Wahai abang-abang dan kakak-kakak, semua orang pun akan gabrah bila duit tiba-tiba hilang dari akaun. Tapi ikutlah saluran yang betul. Tak perlu pergi bank pun kalau setakat nak mintak dengan officer bank Complaint Form BNM. 

Tapi kena ingat ni. Bank negara telah WARNING awal-awal, sebelum isi form ni, kita sebagai pengguna perlu BERUSAHA mendapatkan penyelesaian dengan Unit Aduan institusi kewangan atau pengeluar instrumen pembayaran.

Maksudnya, kita sedaya upaya kena cuba berurusan dengan bank dahulu berkenaan isu hilang duit. Sudah pasti apabila kejadian duit hilang ni diadukan pada bank, pihak bank akan menyiasat terlebih dahulu dan akan memaklumkan pada anda apa yang berlaku. Sekiranya anda MASIH TIDAK BERPUAS HATI dengan maklum balas/ hasil siasatan pihak bank, barulah anda boleh isi borang ini. Sila BACA dan HADAM info sebelum isi borang tersebut kerana Bank Negara meletakkan beberapa kondisi/ syarat sebelum isi form. 

Sila baca maklumat lanjut di website Bank Negara di link di bawah:

http://www.bnm.gov.my/

Jadilah pengguna YANG BIJAK…BUKAN YANG BEREMOSI!

Sumber: Messrs. Azimah & Co

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.