Petugas media dan petugas penjara kini dilapor sedang berkumpul di pintu utama Penjara Sungai Buloh bagi menanti kehadiran Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan sabitan terhadapnya, termasuk hukuman penjara 12 tahun dan denda RM 210 juta.
Mahkamah juga sebentar tadi mengarahkan beliau menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Terdahulu, pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda.
Petugas media & petugas penjara kini sedang berkumpul di pintu utama Penjara Sungai Buloh bagi menunggu kehadiran #NajibRazak yang akan menjalani hukuman penjara bermula hari ini.#SRC #NajibRazak #mahkamah #SgBuloh #VideoBernama pic.twitter.com/AK4y0dZg3x
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 23, 2022
Sumber: BERNAMA