Gara-gara bergurau sewaktu mabuk, seorang lelaki gelandangan terpaksa menanggung derita apabila sebuah gelas besi termasuk ke dalam duburnya, lapor Daily Star.
Difahamkan, lelaki yang berusia 45 tahun dari wilayah Balipadar, India itu keluar minum bersama rakan-rakannya di Surat Gujerat sewaktu kejadian itu berlaku.
Bagaimanapun ketika mabuk, rakan-rakannya memasukkan objek besi berkenaan ke bahagian duburnya sehingga mangsa terpaksa memerlukan bantuan doktor di hospital berdekatan.
Namun hasil imbasan x-ray yang dijalankan di Hospital Kolej Perubatan MKCG mendapati terdapat sebuah gelas yang tersangkut di dalam ususnya ketika itu.

Difahamkan, pasukan perubatan berusaha untuk mengeluarkan gelas besi tersebut daripada ususnya, bagaimanapun usaha itu dilapor tidak berjaya.
Sehubungan itu, satu pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan objek tersebut dengan melibatkan pemotongan usus.
Akhirnya gelas besi berkenaan berjaya dikeluarkan menerusi satu pembedahan, manakala keadaan lelaki terbabit dilapor kembali stabil.

Terdahulu, seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selama tiga hari selepas mengalami kesakitan di bahagian dubur akibat mengalami anoreksi, sakit perut dan kesusahan membuang air besar gara-gara duburnya tersumbat dengan botol air minuman, lapor Daily Star.
Lelaki yang berusia 50 tahun itu didakwa ‘malu’ untuk dibawa ke hospital oleh isterinya kerana mengalami sembelit dan kesakitan yang teruk pada bahagian duburnya.
Hal ini kerana, lelaki itu tanpa sebab telah membuatkan duburnya tersumbat oleh sebotol air minuman sehingga tersekat di dalamnya selama tiga hari.
Lelaki yang berasal dari Iran itu akhirnya telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami anoreksia, sakit perut sehingga membuatkan dirinya mengalami kesusahan untuk membuang air besar.
Difahamkan, lelaki pertengahan usia itu juga mempunyai sejarah kemurungan di mana ia telah menjadi punca dirinya melakukan sedemikian. Dia berasa malu dan hanya mendiamkan diri.
Lelaki itu menjalani pemeriksaan bersama doktor. Namun, imbasan ultrasound dengan cepat mengesan ‘benda asing’ yang telah tersangkut pada bahagian duburnya.
Botol bersaiz 193mm x 47mm itu telah berada di kawasan 10mm dari persimpangan anorektal tanpa sebarang tebukan yang jelas.
Pangkal botol itu pula dilaporkan berada berhampiran kolon lelaki itu dan bahagian atasnya yang terletak berhampiran duburnya.
Lelaki itu kemudiannya dibawa ke tempat pembedahan, di mana botol itu dikeluarkan dengan diseret dari rektum ke pembukaan dubur secara berhati-hati dan perlahan-lahan.
Botol tersebut dilaporkan berjaya dikeluarkan oleh pakar bedah tanpa ada pecah atau pendarahan.
Sumber: Daily Star