Bunga bertukar lut sinar bila terkena air, ‘glass flower’ atau bunga kaca hanya terdapat di Jepun, China dan Pergunungan Appalachian, Amerika Syarikat sahaja.
Di atas muka bumi yang terbentang luas ini sebenarnya terdapat banyak bukti kebesaran ciptaan Tuhan yang indah dapat dilihat dengan dua pancaindera kita. Lazimnya, di Malaysia antara perkara unik yang boleh kita nikmati adalah khazanah alam seperti pembentukan gua dan sebagainya.
Namun, sebenarnya terdapat banyak lagi keindahan dan keunikan alam yang masih belum kita terokai ataupun kita ketahui, terutama yang berlaku di luar negara. Meneroka laman Facebook milik Zunita Ramli, salah seorang rakyat Malaysia yang menetap di Jepun, beliau berkongsi salah satu keunikkan alam yang ada di sana.
Menurut Zunita, di Jepun terdapat salah satu spesies bunga unik yang hanya boleh ditemui di tiga kawasan sahaja iaitu di Jepun, China dan juga di Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat. Uniknya bunga ini, ia akan bertukar menjadi lut sinar apabila terkena air. Bagaimana ia boleh berlaku?
Ikuti perkongsian oleh Zunita Ramli yang telah kami kongsikan di bawah mengenai keunikan bungan ini yang juga digelar sebagai ‘bunga kaca’. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah ilmu pengetahuan kita tentang alam dan pandangan kita lebih luas mengenai dunia.
Ohayou gozaimasu! Pernah nampak “bunga kaca” (glass flower) ni?
Selain dari ‘bunga kaca’, ia juga dipanggil sebagai bunga rangka (skeleton flower) dan nama saintifik bagi bunga jenis ini adalah Diphylleia Grayi.
Bunga kaca ni memang sangat “rare” sebab hanya boleh ditemui di tiga buah negara, iaitu Jepun, China, dan Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat. Di Jepun, ia banyak ditemui di hutan Nagano terutama di Tsugaike Natural Park.


Menariknya, glass flower ni dia akan jadi lut sinar (transparent) macam kaca bila kena air. Hal ini terjadi kerana struktur yang terbentuk pada sel bunga menjadi longgar menyebabkan air memenuhi sel-sel kelopak sehingga menjadikannya lut sinar, sama seperti air.
Tapi kalau tak kena air ataupun kalau air kat bunga tu dah kering, bunga ni akan kembali ke warna asal, iaitu putih. Amazing!

Akhir kata, masih banyak lagi keunikan dunia dan bukti kebesaran Allah S.W.T yang masih belum kita terokai di pelusuk dunia. Oleh itu, mengembara untuk melihat dunia luar lebih mendalam juga salah satu jihad mencari ilmu yang boleh dilakukan. Hingga kini, telah ramai rakyat Malaysia yang berjaya menakluk dunia dengan misi mereka yang tersendiri.
Sumber: Zunita Ramli (Facebook)