Siakap Keli
malaysia kemarau
Kredit: Bernama/Awani

Kemarau Bakal ‘Serang’ Malaysia Menjelang 2025, Terengganu Dijangka Paling Teruk Terjejas?

Malaysia dikatakan bakal dilanda kemarau yang ekstrem menjelang tahun 2025, maka benarkah jangkaan negeri paling teruk terjejas ialah Terengganu?

Perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan meyebabkan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias fenomena ini. Seperti yang kita tahu, kita mendiami sebuah planet yang condong sebanyak 23.5 darjah daripada paksi.

Jika kita membuka peta dunia, kedudukan Malaysia terletak pada Doldrum Khatulistiwa yang merupakan zon angin tenang yang menghampiri Garisan Khatulistiwa.

Walau bagaimanapun, persoalan mengenai berapa lama ketenangan  ini masih boleh dinikmati oleh penduduk negara kita.

Perkara yang kita sudah maklum mengenai peningkatan paras air laut, banjir, tanah runtuh dan yang paling penting, kemarau.

Menerusi hasil kajian dan usaha pengumpulan data yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia, negara kita dijangka menghadapi musim kemarau menjelang 2025 dan dijangka berlarutan selama 10 tahun.

Gambar hiasan | Kredit: Astro Awani

Tujuan Memahami Indeks Kerpasan Piawai

Sebelum menyelami tajuk ini dengan lebih mendalam, wajarlah kita mengenali apa itu Indeks Kerpasan Piawai.

Indeks Kerpasan Piawai (Standard Precipitation Index, SPI) ialah sejenis indeks yang digunakan secara meluas untuk meletakkan skor terhadap sesuatu insiden kemarau dalam julat skala masa.

Pada skala masa yang singkat, SPI memiliki hubungan yang rapat dengan kelembapan tanah, manakala pada skala masa yang lebih panjang pula, SPI boleh dikaitkan dengan penstoran air bawah tanah dan takungan.

Menurut Pusat Iklim Masional, pemantauan status kemarau adalah berdasarkan seperti berikut:

WASPADA: Defisit jumlah hujan kumulatif tempoh 3 ATAU 6 BULAN TERKINI melebihi 35 peratus. SPI: -1.5

AMARAN: Defisit jumlah hujan kumulatif tempoh 3 DAN 6 BULAN TERKINI melebihi 35 peratus. SPI: -1.5. (Tahap kemarau sebelumnya telah dikategorikan sebagai WASPADA)

BAHAYA: Defisit jumlah hujan kumulatif tempoh 3 DAN 6 BULAN TERKINI melebihi 35 peratus. SPI: -2,0. (Tahap kemarau sebelumnya telah dikategorikan sebagai AMARAN)

Ramalan Kemarau Di Malaysia

Terdapat ramalan mengenai musim kemarau serius yang bakal melanda Malaysia antara 2025 sehingga 2035.  Ramalan tersebut adalah sebahagian daripada kajian hasil ramalan yang dijalankan oleh Institut Pendidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bersama Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Dengan menggunakan kaedah big data, mereka mampu meramal perubahan iklim antara 90 sehingga 100 tahun akan datang bersama laporan hasil penilaian daripada panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPC).

Kejadian ini dianalisis berdasarkan unjuran hujan untuk 2010 sehingga 2100. Unjuran yang paling teruk direkodkan iaitu pada 2025 sehingga 2035 di Semenanjung Malaysia.

Malah, data ini memberikan amaran yang memeranjatkan iaitu salah satu negeri di Malaysia bakal mengalami kesan yang paling teruk iaitu Terengganu.

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Terengganu dijangka akan mengalami musim kemarau serius antara 2025 sehingga 2030 akibat fenomena El Nino dan diikuti banjir yang lebih kerap antara 2030 dan 2035, selaras dengan fenomena La Nina.

Bahaya Fenomena El Nino

El Nino ialah peralihan episodik angin dan arusnya merentasi Pasifik Khatulistiwa yang boleh menyebabkan banjir di padang pasir Amerika Selatan sambil menghalang dan mengeringkan kawasan Indonesia dan India.

Corak peredaran atmosfera yang meningkatkan kekerapan ribut taufan di Pasifik juga boleh memberikan kesan ke atas Atlantik.

Populasi ikan pada satu bahagian lautan akan mati sementara yang lain akan cuba untuk terus hidup. Ikan di dalam lautan pun boleh mati, inikan mausia yang berada di atas daratan.

Semasa El Nino, air di permukaan timur dan tengah lautan Pasifik menjadi lebih panas dengan ketara. Perubahan itu berkait rapat dengan atmosfera dan tiupan angin di Lautan Pasifik yang luas.

Gambar hiasan | Kredit: Tribun Travel News

Faktor fenomena alam ini masih menjadi misteri dalam dunia saintifik. Peristiwa El Nino berlaku kira-kira setiap dua sehingga tujuh tahun kerana kitaran panas berganti-ganti secara tidak tetap dengan saudara rapatnya, La Nina.

El Nino akan menyebabkan kemarau di negara kita manakala La Nina akan membawa kepada kejadian banjir yang serius.

Kesan Kemarau & Banjir Serius Kepada Negara Kita

Terengganu dijangka akan menerima kesan kemarau panjang serta banjir yang disifatkan luar biasa. Impak ini boleh menjejaskan pendapatan rakyatnya kerana negeri tersebut terkenal dengan pulau-pulaunya yang indah dan mendapat perhatian di mata dunia.

Semua pihak perlu cakna mengenai perkara ini.

Air pula merupakan satu komponen yang penting dalam mengekalkan kelembapan udara dan pertanian negara. Jika kemarau serius ini berlaku secara berterusan, ia bakal mengurangkan hasil pengeluaran padi malah mengancam hasil ternakan bagi seluruh negara.

Perkara ini membawa kepada pengurangan terhadap pengeluaran makanan tempatan yang menyebabkan negara kita bakal menghadapi krisis makanan yang lebih dahsyat.

Gambar hiasan | Kredit: Astro Awani

Usaha-Usaha Mengurangkan Kesan Fenomena El Nino di Malaysia

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil seperti pembenihan awan. Namun begitu, Malaysia perlu bergerak lebih maju dengan membangunkan teknologi penyahgaraman, sama seperti negara maju lain.

Selain itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai daripada dicemari dengan bahan-bahan yang tidak dikehendaki. Hal ini adalah untuk menjadikan sungai sebagai satu alternatif untuk bekalan air bersih kepada penduduk sekitar.

Bagi mengelakkan banjir besar di wilayah Pantai Timur, semua pihak perlu berganding usaha dan tenaga untuk menanganinya kerana 2025 hanyalah tiga tahun daripada masa sekarang.

Laporkan jika terdapat pembalakan haram pada kawasan anda dan tanamlah pokok secara besar-besaran.

gambar hiasan | Kredit: Bernama & Astro Awani

Seterusnya, TAPS merupakan kaedah penyimpanan air mentah dengan membuat kolam di hilir kawasan tebing sungai dan berhampiran dengan loji air.

Kaedah ini bukan sahaja dapat memastikan keberadaan bekalan air, ia juga dapat membantu untuk mengurangkan kesan banjir dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Kesimpulannya, kesan kemarau dan kekurangan bekalan air dalam jangka masa yang panjang  akan memberikan kesan terhadap rutin harian manusia sekali gus, menjejaskan kesihatannya.

Kita perlu berfikir dan bertindak secara kritis dan kreatif untuk mengatasi masalah ini daripada membelenggu masyarakat kita ada masa yang akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ramalan kemarau dan fenomena El Nino di Malaysia, anda boleh menonton video Astrolab di saluran Youtube seperti di bawah.

Sumber: Astrolab via Youtube

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.