Kolaborasi antara Moccona Malaysia dengan YAM Sharifah Khatreena melahirkan koleksi sedia pakai untuk Kuala Lumpur Fashion Week 2022
KUALA LUMPUR, 23 OGOS 2022 – Moccona Malaysia, sebuah jenama kopi di bawah oleh JACOBS DOUWE EGBERTS RTL SFM MY SDN BHD meningkatkan momen keperibadian yang anggun melalui kolaborasi mereka bersama pereka tempatan terkenal, Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pengasas KHATREENA. Kerjasama dua pihak telah disaksikan dengan peragaan koleksi sedia-untuk-dipakai KHATREENA yang berinspirasikan kopi di landasan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini.
Buat tahun yang kelima, Tengku Khatreena sekali lagi muncul di KLFW dengan koleksi kolaborasi beliau bersama Moccona Malaysia, penaja rasmi acara tersebut. Aspirasi yang dikongsi antara KHATREENA dan Moccona menjanjikan kelahiran detik-detik keanggunan khas buat penggemar fesyen dan penggemar kopi.
Majlis yang elegan ini diserikan lagi dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda of Perlis and Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis yang datang menyokong Tengku Khatreena yang memperlihatkan koleksi beliau yang diilhamkan mengikut tahap intensiti kopi Moccona Coffee.
Koleksi yang berinspirasikan Moccona tahun ini sememangnya sesuatu yang istimewa di mana KHATREENA membawakan sifat kopi dalam bentuk penyataan fesyen menerusi sepuluh jenis gaya sedia pakai yang dipamerkan di KLFW pada malam pembukaan acara tersebut pada hari Rabu, 17 Ogos 2022. Fabrik beralun lembut menurut tona Moccona terserlah pada kesepuluh-sepuluh rekaan KHATREENA di mana setiap helaian boleh dipakai oleh mana-mana wanita sebagai sebahagian daripada gaya peribadi mereka.
Phoon Shi Fun, Ketua Pemasaran JDE Coffee Malaysia berkata bahawa ia sememangnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila Tengku Khatreena menghidupkan visi mereka lalu mengabadikan keanggunan Moccona dalam reka bentuk feminin yang kemas dan tersusun.
“Dalam kolaborasi ini. intensiti kopi Moccona yang diperlihatkan dalam bentuk penyataan fesyen didatangkan dalam tiga varian iaitu ‘nombor 5’, ‘nombor 8’, dan ‘nombor ‘10’. Intensiti kopi yang pelbagai ini menggambarkan perbezaan personaliti dan mood yang berlainan mengikut seseorang individu pada sesuatu hari.
“Begitu juga dengan penggayaan kita di mana kita berpakaian mengikut mood dan perasaan pada sesuatu masa. Konsep ini merupakan asas bagi rekaan KHATREENA untuk kolaborasi ini di mana varian fesyen yang pelbagai mencerminkan kenangan yang ingin dicipta buat hari yang tertentu,” kata Shi Fun.
“Kami amat berbangga dengan tiga varian kami kerana ia menggambarkan bagaimana orang ramai memilih intensiti mereka mengikut mood yang berbeza; ada masa yang kita inginkan sesuatu yang lebih kuat, manakala ada masa yang kita inginkan sesuatu yang lebih ringan. Sama seperti fesyen, cara pemakaian kita berbeza mengikut hari kerana ia memainkan peranan dalam mencipta detik yang tidak dapat dilupakan, sama ada untuk menghadapi kesibukan pada waktu pagi atau untuk keluar pada waktu malam bersama yang tersayang.”
Secara keseluruhannya, koleksi KHATREENA menggambarkan keanggunan Moccona sebagai minuman yang sempurna, ditambah pula dengan keselesaan penggayaan fabrik yang beralun lembut, detik peribadi yang indah akan pasti tercipta.
“Keenakan kopi sudah pun dinikmati sebagai rutian harian dalam kehidupan kita, dan kami berharap rakyat Malaysia kini boleh memadankan rutin mereka dengan penampilan anggun rekaan Tengku Khatreena,” kata Shi Fun.