Siakap Keli
Gambar : The Thaiger

Petani Ditemui Maut Disyaki Dipijak Gajah Liar

Petani Ditemui Maut Disyaki Dipijak Gajah Liar

THAILAND – Seorang lelaki dilapor maut dipijak gajah liar di sempadan Taman Negara Kaeng Kranchan do wilayah Prachuap Khiri Khan.

Pengarah Taman Negara, Pichai Watcharawongpaiboon telah dimaklumkan berkenaan seorang lelaki tempatan yang ditemui mati disyaki dipijak gajah liar.

Pegawai dari Balai Polis Nong Plub, pegawai taman negara, doktor dari Hospital Hua Hin, dan pekerja penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa yang berusia 52 tahun dalam keadaan berlumuran darah di sebelah tiang konkrit.

Pihak polis menyatakan mayatnya cedera parah dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sekitar 10 jam sebelum ketibaan mereka.

Terdapat banyak kesan tapak kaki gajah ditemui di sekeliling pokok akasia juga menunjukkan bukti dimakan gajah, kata pegawai taman negara.

Penduduk kampung memberitahu polis bahawa mereka terdengar jeritan namun mereka tidak berani keluar untuk memeriksa.

Seorang lelaki tempatan bernama Wichian Mattri menemui mayat mangsa pagi ini semasa dia melalui kampung itu dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Wichian berkata, dia mendengar bunyi “banyak gajah” masuk ke kampung itu dari hutan La-oo berhampiran malam tadi. Dia mengesyaki gajah-gajah itu sedang mencari makanan untuk dimakan.

Mangsa merupakan seorang petani di sebuah ladang tidak jauh dari tempat kejadian. Wichian mendakwa bahawa dia mungkin keluar untuk memungut kayu api daripada pokok asam jawa semasa berjumpa dengan gajah liar itu.

Menurut laporan, bilangan gajah yang membunuh mangsa masih belum dipastikan dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Hua Hin untuk dibedah siasat.

Ketua Daerah Hua Hin Polkit Phuangwalaisin berkata bahawa kematian akibat serangan gajah liar perlu dilaporkan kepada gabenor wilayah.

Beliau juga berkata bahawa Pertubuhan Pentadbiran Daerah Kecil tempatan menawarkan untuk membantu mengatur pengebumian mangsa dan memberi wang kepada keluarganya.

Minggu lalu, seorang jurulatih gajah dilaporkan telah dirobek badannya kepada separuh oleh gajahnya di wilayah Phang Nga di selatan Thailand.

Sumber : The Thaiger

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.