Siakap Keli
empat kes najib
Gambar: BERNAMA

Selesai Satu Kes, Ini Empat Lagi Kes Babitkan Datuk Seri Najib Di Mahkamah

Datuk Seri Najib Tun Razak masih berdepan empat lagi kes di Mahkamah Tinggi dengan dua daripadanya masih dalam peroses perbicaraan. Difahamkan, kes tersebut membabitkan dakwaan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta salah guna kuasa meminda laporan audit 1MDB. 

Dalam pada itu, beliau juga masih berdepan dengan dua lagi kes yang masih belum dibicarakan berkait dengan pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada international Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana SRC RM27 juta. 

“Selepas dua hari Ahli Parlimen Pekan itu dimasukkan ke penjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC, media sekali lagi akan memberi tumpuan terhadapnya kerana dijangka hadir ke Mahkamah Tinggi pada Khamis untuk pengurusan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB. 

Beliau juga dihadapkan dengan empat pertuduhan di depan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dengan tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) jumlah yang sama. 

Untuk kes rasuah, beliau telah didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan yang diterima atau RM10,000 mengikut mana-mana jumlah yang paling tinggi jika sabit kesalahan dalam kes rasuah yang dihadapinya. 

Dalam pada itu, mantan PM ini juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan bagi pertuduhan kes AMLA. 

Buat masa ini, 25 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dengan saksi terbaharu iaitu bekas Pengurus Kanan Jabatan Jualan Pertukaran Mata Wang Asing Ambank, Rosliza Ishak, lapor Sinar Harian. 

Disamping itu, Najib juga sekali lagi dijangka hadir ke mahkamah yang sama untuk menghadapi perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB dihadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada Jumaat. 

Beliau didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu untuk mendapatkan kekebalan daripada tindakan undang-undang bagi pertuduhan tersebut. 

“Tindakan itu menyebabkan laporan akhir audit 1MDB dipinda sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Mac 2016.

Selain Datuk Sri Najib Razak, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy juga didakwa atas tuduhan bersubahat dalam membuat pindaan itu bagi tujuan melindungi Najib dari tindakan tata tertib, sivil atau jenayah. 

Bagi kes ini, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, untuk meneruskan perbicaraan mahkamah telah menetapkan beberapa tarikh lain iaitu pada 2 September serta 21, 25, dan 28 Oktober untuk teruskan perbicaraan. Dalam masa yang sama, Arul Kanda juga menyatakan bahawa dia telah bersedia untuk menjadi saksi pendakwaan dalam kes tersebut pada 14 Jun lalu. 

Walau bagaimanapun, peguamnya, N Sivananthan menyatakan kekesalannya terhadap laporan berita tertentu pada hari yang sama. Hal ini demikian kerana sebahagian dari tajuk berita seolah-olah menggambarkan Arul Kanda gembira menjadi saksi pendakwaan terhadap Najib. 

Sementara itu, mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi dalam perbicaraan kes berkenaan pada 24 Jun lalu memandangkan Arul Kanda merupakan tertuduh yang didakwa bersama Najib. 

Dalam pada itu bagi kes ketiga, Najib bersama dengan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berdepan dengan enam pertuduhan pecah amanah harat kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC. 

Kes tersebut dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes tersebut difahamkan dijadualkan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan pendakwaan dijangka akan memanggil sehingga 70 saksi untuk memberikan keterangan. 

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 1 hingga 4 April dan 8 hingga 11 April serta sepanjang Mei tahun depan bagi tarikh perbicaraan. Namun, selepas tiga tahun, mereka telah membuat permohonan supaya dilepaskan tanpa dibebaskan dengan alasan pertuduhan tersebut tergantung tanpa sebarang perbicaraan. 

Walau bagaimanapun, mahkamah telah menolak permohonan tersebut dengan alasan pendakwaan dalam kes itu bersedia dengan pertuduhan. 

“Bagi kes keempat pula, Najib berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC sebanyak RM27 juta yang mana sebelum ini dijadualkan didengar oleh Mohammad Zaini.

Untuk kes ini, Najib telah didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil dari kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmProvata Banking miliknya. 

Beliau dituduh berdasarkan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Namun demikian, perbicaraan kes tersebut masih belum bermula kerana pihak pendakwaan dan pembelaan memohon agar kes ini ditangguhkan sebaik sahak keputusan rayuan kes menyeleweng dan SRC sebanyak RM42 juta di Mahkamah Persekutuan Putrajaya diketahui. 

BACA: Hanya Ada Di Tiga Tempat, Kenali Bunga Unik, Bertukar Jadi Lut Sinar, ‘Kaca’ Bila Kena Air

Sumber: Sinar Harian

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.