Siakap Keli
Ketua Perkhidmatan Meteorologi Hungary Dipecat
Gambar : TheCultureTrip

Tersilap Ramal Cuaca, Ketua Perkhidmatan Meteorologi Hungary Dipecat

Tersilap Ramal Cuaca, Ketua Perkhidmatan Meteorologi Hungary Dipecat

HUNGARY – Dua pakar cuaca terbaik Hungary dilapor telah dipecat kerana tersilap meramal cuaca yang seterusnya sehingga mencetuskan kekecohan politik, lapor BBC.

Satu pertunjukan bunga api terbesar di Eropah sempena meraikan Hari St Stephen (cuti kebangsaan) yang sepatutnya berlangsung pada petang Sabtu terpaksa ditangguhkan kerana amaran cuaca ekstrem.

Bagaimanapun, cuaca pada hari tersebut adalah berbeza dengan ramalan yang dikeluarkan menyebabkan ketua dan timbalan ketua perkhidmatan cuaca dipecat.

Menurut laporan, kira-kira 40,000 bunga api telah sedia untuk dilancarkan dari 240 kawasan di sepanjang 5km (3 batu) Sungai Danube di tengah Budapest, yang biasanya ditonton hampir dua juta orang.

Kerajaan Hungary menangguhkan acara itu selama seminggu berikutan amaran cuaca ekstrem yang diterima.

Namun begitu, hujan ribut yang diramalkan oleh Perkhidmatan Meteorologi Negara telah melanda bahagian timur Hungary dan tidak berlaku di ibu kota.

Ketua perkhidmatan itu menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di halaman Facebook mereka pada hari Ahad, menjelaskan bahawa perkara yang berbeza berlaku, dan ketidakpastian itu adalah sebahagian daripada ramalan cuaca.

Tetapi permohonan maaf itu sudah terlambat kerana Menteri Inovasi Laszlo Palkovics telah memecat ketua perkhidmatan tersebut berkuat kuasa serta-merta pada hari Isnin.

Reaksi di Hungary telah bercampur-campur.

Hampir 100,000 orang telah menandatangani petisyen, menggesa pertunjukan bunga api itu dibatalkan kerana peperangan sedang berlaku di negara jiran Ukraine.

Bagaimanapun, penyokong kerajaan berang dengan ketidakcekapan peramal dan berharap pertunjukan itu akan tetap diteruskan seperti yang dirancang Sabtu depan.

Sumber : BBC News

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.