Siakap Keli
lelaki ditemui mati dengan mulut berbuih
Gambar: Kompas.com

Lelaki Ditemui Mati Dengan Mulut Berbuih, Dipercayai ‘Overdose’ Ubat Sakit Gigi

Lelaki Ditemui Mati Dengan Mulut Berbuih, Dipercayai ‘Overdose’ Ubat Sakit Gigi

Seorang lelaki di Gowa, Sulawesi Selatan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mulut berbuih di dalam bilik airnya selepas dipercayai mengambil dos ubat sakit gigi secara berlebihan pada Isnin lalu.

Memetik laporan Kompas, mangsa yang berusia 29 tahun itu sebelum ini mengadu tidak tahan dengan sakit gigi yang dialaminya.

Sebelum kejadian, keluarganya berkata mereka mula merasa bimbang kerana mangsa memasuki bilik air dan tidak keluar selama 30 minit.

“Tadi pintu bilik air terpaksa dipecahkan kerana apabila kami panggil dia tidak menyahut.

“Selepas pintu dibuka, kami terkejut melihatnya terbaring di atas lantai dengan mulut yang terbuka dan berbuih.

“Dia mengalami sakit gigi yang teruk selama tiga hari,” kata jiran mangsa.

Sementara itu, pihak polis yang tiba di lokasi kejadian segera melakukan siasatan dan memindahkan mayat mangsa ke Pusat Kesihatan Komuniti Bontomarannu untuk proses bedah siasat.

Gambar: Kompas.com

Polis juga turut merampas sejumlah ubat berbentuk tablet dan serbuk milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Bontomarannu, Iptu Hafit Yudin berkata punca kematian masih belum dapat dipastikan.

“Kami belum dapat membuat kesimpulan sama ada mangsa ini terlebih dos atau sengaja meminum racun walaupun ketika itu mulut mangsa berbuih.

“Menurut keluarganya juga, mangsa telah mengalami sakit gigi sejak tiga hari yang lalu,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke kampung halamannya iaitu di Desa Benteng Sawitto, Kecamatan Paleteang, Kabupaten Pinrang untuk dikebumikan selepas keluarganya enggan melakukan bedah siasat.

“Keluarga mangsa tidak mahu bedah siasat dijalankan dan dalam kes ini kita tidak dapat menyimpulkan punca sebenar kematian mangsa,” kata Hafit lagi.

BACA: (Video) Kisah Pesakit Ini Bermula Dari Sakit Gigi Je, Nanah Merebak Hingga 1 Liter Dalam Paru-Paru

Sumber: Kompas

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.