Siakap Keli

Kolaborasi Terhangat Antara 2 Jenama Ikonik KFC x LAY’S Kini Tiba Untuk Dinikmati Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2022 – Rakyat Malaysia diperkenalkan dengan kerepek kentang Lay’s x KFC  perisa Ayam Hot & Spicy pada bulan April lalu. Kini, bersempena dengan sambutan Merdeka yang bakal  tiba, kedua-dua jenama ini bekerjasama sekali lagi untuk membawakan anda ciptaan istimewa terbaharu:  ayam goreng KFC x Lay’s Crunch perisa BBQ! 

Terokai gabungan luar biasa kerepek kentang dan ayam goreng yang sepadan antara satu sama lain dan  bakal membawa pengalaman sedap hingga menjilat jari anda kepada tahap kerangupan enak baharu! Ayam Hot & Spicy ikonik kami disalut dengan tepung campuran hancuran kerepek kentang Lay’s istimewa,  kemudian digoreng sehingga perang keemasan dan sangat rangup. Ianya disempurnakan pula dengan  taburan BBQ, memberikannya rasa smoky BBQ dalam setiap gigitan rangup.  

“Anda telah mencuba dan menikmati kerepek kentang Lay’s x KFC Hot & Spicy. Kini, atas permintaan  popular, kami membawakan inovasi terbaharu dengan kerjasama Lay’s khas buat rakyat Malaysia untuk  menambah kerangupan enak kepada sambutan Merdeka anda. Setiap gigitan ayam goreng KFC x Lay’s  Crunch perisa BBQ ini akan membuatkan anda berasa seperti sedang mengunyah kerepek kentang dan 

ayam pada waktu yang sama – aneh tetapi sedap hingga menjilat jari!” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai  Pemasaran KFC Malaysia.  

Tambahnya, “Pada waktu yang sama, kami juga melancarkan KFC Bucket Bersama terhad untuk meraikan  perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia bersempena sambutan Merdeka yang bakal tiba. Bucket  Bersama mengetengahkan makanan sampingan terbaharu – Loaded Cheezy Fries yang pasti  membangkitkan selera anda. Dengan menu baharu ini, kami berharap sambutan Merdeka bersama rakan  dan keluarga anda lebih gembira dan meriah.” 

Juga boleh didapati secara à la carte, penggemar keju pasti menyukai KFC Loaded Cheezy Fries di mana  Crispier Fries kegemaran ramai kami diolah dengan ekstra kerangupan! Kentang goreng dilimpahi dengan  mayonis dan sos keju jalapeno signature kami kemudian ditaburkan dengan cebisan ayam rangup.  

KFC x Lay’s Crunch dan KFC Bucket Bersama boleh didapati di seluruh restoran KFC untuk waktu terhad  bermula hari ini. KFC x Lays Crunch boleh didapati dalam Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal.  KFC Bucket Bersama pula boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul.  

Dapatkannya melalui pesanan di restoran, pandu lalu, Penghantaran, dan Self Collect. Muat turun aplikasi  KFC App atau layari www.KFC.com.my untuk membuat pesanan.  

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.