Siakap Keli

Memorandum Kerjasama Antara PKNS, Affin Bank Tingkatkan Tahap Pemilikan Rumah & Pembangunan Sosioekonomi Selangor

PKNS Ganding Bahu Dengan AFFIN BANK, Tawarkan Margin Pinjaman Menarik Bagi Unit Rumah Kediaman

Shah Alam, Selangor, 24 Ogos 2022 – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), terus menyokong pertumbuhan sosioekonomi negeri dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan pada kadar menarik bagi pembeli rumah. Kerjasama terbaharu PKNS dengan AFFIN BANK dalam program Home Step Fast/i akan membolehkan pembeli membayar ansuran lebih rendah untuk tempoh lima tahun pertama pemilikan, dalam usaha meningkatkan tahap pemilikan rumah di negeri ini.

Memorandum Kerjasama (MoC) antara PKNS dan AFFIN BANK meliputi semua pembangunan kediaman PKNS yang sedang dalam pembinaan dan telah siap. Dalam usaha menggiatkan lagi tahap pemilikan rumah di negeri ini, kerjasama dengan AFFIN BANK dalam program Home Step Fast/i menawarkan pembiayaan 90% dengan tambahan 5% diperuntukkan untuk Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA) atau Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTT), yuran guaman dan dokumentasi, duti setem dan penilaian hartanah dan pilihan untuk membiayai sistem solar rumah.  Pinjaman ini ditawarkan oleh AFFIN BANK sehingga 30 tahun atau sehingga pelanggan mencapai umur 70 tahun. Kerjasama antara PKNS dan AFFIN BANK ini turut memberi sokongan kepada program ‘Rumah Selangorku’ kerajaan negeri.

“Di samping kualiti, reka bentuk dan lokasi mudah ditujui, satu faktor penting dalam proses membuat keputusan pemilik rumah ialah ketermampuan,” seperti yang diterangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNS, Datuk Mahmud Abbas. “Memandangkan PKNS meramalkan proses pemulihan beransur-ansur dalam pertumbuhan perniagaan, kerjasama dengan AFFIN BANK dalam program Home Step Fast/i ini bertujuan mengukuhkan portfolio PKNS atas dasar dapat mengurangkan perbelanjaan awal pembeli,” ujar Datuk Mahmud.

“Kami faham keadaan yang dihadapi agak mencabar, terutamanya bagi pembeli rumah pertama kali. Membuat pilihan daripada pelbagai pembangunan yang ada sudah sukar, ditambah pula dengan keperluan menentukan  pembiayaan rumah paling sesuai dengan pilihan luas yang ditawarkan di pasaran,” kata Pengarah Urusan Bahagian Gadai Janji AFFIN BANK, Cik Jessie Wong Yen Yee.

“Berkat sokongan AFFIN BANK menerusi program ini, PKNS mahu menjadikan produk harga berpatutan kami lebih mudah didapati oleh orang ramai, terutamanya pembeli rumah muda yang mahu membeli rumah pertama mereka daripada pemaju hartanah bereputasi dengan rekod pencapaian kukuh membina rumah mampu milik,” kata Datuk Mahmud Abbas, menekankan pengalaman 58 tahun PKNS sebagai pemaju kediaman berkualiti.

Usaha menjadikan pemilikan rumah dalam persekitaran yang serba lengkap lebih mudah memberikan ketenangan fikiran, dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri. Usaha sama antara PKNS dan AFFIN BANK bertujuan mengatasi isu ketermampuan rumah yang dihadapi oleh pembeli rumah sedia ada dan bakal pembeli, dan memang tepat pada masanya memandangkan projek terbaharu PKNS, Residensi Advena Seksyen 16 Shah Alam, yang ditawarkan pada harga kira-kira RM400,000, bakal dilancarkan pada bulan depan.

MoC tersebut ditandatangani oleh CEO PKNS, Datuk Mahmud Abbas, bagi pihak PKNS dan Pengarah Urusan Bahagian Gadai Janji AFFIN BANK, Cik Jessie Wong Yen Yee, sambil disaksikan oleh Pengarah Perikatan Strategik dan Pembiayaan Akhir, Bahagian Gadai Janji AFFIN BANK, En. Kelvin Chin Kok Wai.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.