Siakap Keli
Kredti Mohd Farhan Razali/Facebook

Mudah & Murah, Abang Ni Kongsi Cara Nak Tanam Sawi Kingkong Dalam Botol, Daun Hijau Elok

Tanam Sawi Kingkong guna botol minyak terpakai sahaja

Botol yang sudah tidak digunakan jangan dibuang begitu sahaja ia boleh dikitar semula dan boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan.

Menerusi perkongsian yang dibuat seorang pengguna akaun Facebook bernama Mohd Farhan Razali, dia berkongsi bagaimana caranya untuk kita menanam sawi dengan menjadikan botol plastik sebagai pasunya.

Menurut Farhan, sawi yang ditanam di dalam botol plastik ini lebih mudah diurus memandangkan ia boleh dialih pada bila-bila masa untuk diletakkan di tempat yang sesuai. Malah, ia juga turut memudahkan tugas pemantauan terhadap serangan makhluk perosak sekiranya diletakkan di tempat yang mudah diperhatikan.

Selain itu, penggunaan botol plastik juga boleh menjimatkan kos penanaman dan yang paling mustahak, amalan kitar semula barang terpakai seperti botol ini boleh menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran plastik.

Farhan kemudian turut berkongsi kaedah penyedian botol yang sangat mudah dibuat oleh sesiapa pun. Contohnya, botol plastik hanya perlu dipotong kepada dua bahagian dan bahagian bawah yang digunakan perlu ditebuk untuk tujuan pengairan.

Kredit Mohd Farhan Razali/Facebook

Lubang itu juga bagi mengelakkan air daripada bertakung di dalam botol. Kemudian pasangkan satu besi pada mana-mana bahagian yang dipotong untuk memudahkan botol berkenaan disangkut pada mana-mana tempat, sekiranya diperlukan.

Bagi medium tanah yang digunakan pula, Farhan hanya menggunakan tanah jenis cocopeat memandangkan tanah ini ringan dan mudah menyerap air.

Kredit Mohd Farhan Razali/Facebook

Cara penanaman

Farhan membeli biji benih sawi tersebut di sebuah pasar raya. Benda pertama yang dilakukannya adalah, semai benih dalam tanah biasa dan tunggu sehingga anak pokok sawi tumbuh empat helai daun. Kemudian, pindahkan anak sawi ke dalam bekas yang telah disediakan.

Waktu yang baik untuk alih anak pokok adalah sebaiknya dilakukan pada waktu petang dan letak di tempat yang teduh selama 2-3 hari supaya akar kuat untuk mencengkam tanah cocopeat.

Kredit Mohd Farhan Razali/Facebook

Tanam satu hingga tiga anak pokok sawi dalam satu bekas dan siram dua kali sehari. Jika tanah cocopeat terasa lembap, maka tidak perlu disiram. Selepas seminggu dialihkan, anak pokok boleh diletakkan baja pada kuantiti minimum. Guna baja AB supaya daun elok cantik. Lakukan semburan cuka kayu bagi mengelakkan daun daripada serangan serangga perosak.

Kredit Mohd Farhan Razali

Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi ilmu baru dan manfaat kepada pembaca.

Sumber: Mohd Farhan Razali

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.