Sebelum ini, Siakap Keli ada berkongsi beberapa kisah seram antaranya kisah seorang pemuda yang disergah oleh susuk yang menyerupai atuk tua bongkok di dalam biliknya seakan-akan sedang rukuk dalam solat.
Apa yang membuatkan kisah ini bertambah seram, atuk tua itu memiliki cahaya yang menyerupai gerhana di bahagian belakang tubuhnya. Untuk kisah penuh mengenai atuk tua ni, anda boleh klik disini dan baca.
Kali ini, kami akan berkongsi satu lagi sekali kisah seram yang sering berlaku, tetapi bukan di rumah, sebaliknya di sebuah hospital. Kisah ini dikongsikan oleh seorang doktor menerusi laman Tik Tok miliknya, Hadi_Othman.
Menurutnya, terdapat satu susuk makhluk yang digelar ‘Sara’ yang sering datang ‘melawat’ pesakit-pesakit yang berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital dia bertugas.
Nama ‘Sara’ bukanlah sesuatu yang baru kepada mereka yang ditugaskan di bahagian ICU kerana ia sudah menjadi kebiasaan kepada para pesakit dan petugas kerana sering kali datang ‘melawat’ dan menyapa mereka yang berada di wad tersebut ketika itu, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Selain dari ‘Sara’, watak lain yang pernah juga menjadi bualan adalah ‘Nurul’ yang merupakan watak baru selepas ‘Sara’ yang diceritakan oleh seorang pakcik yang berada di wad ICU tersebut pada ketika itu.
“Doktor tadi ada seorang misi datang pakai baju warna putih, dia datang ja saya rasa takut, risau. Lepastu saya baca-baca ayat Al-Quran, ‘Nurul’ tu pun pergi,” jelasnya.
Untuk makluman, di wad ICU tidak ada Staff Nurse yang memakai baju warna putih, sebaliknya mereka hanya memakai baju warna biru sahaja, jelas Dr Hadi dalam video tersebut.
Kisah lanjut, anda boleh tonton video dari Doktor Hadi Othman yang telah kami kongsikan di bawah.
@dr.hadiothman Replying to @ejawan89 Saya Saja Post Siang2 Baru Korang Dgr sampai Abis #fyp #seram #icu
BACA: Seram, Anak Murid Hijab Mata ‘Terbuka’, Beritahu Cikgu Ada Pontianak Dibelakangnya
Sumber: Dr Hadi Othman (Tik Tok)