Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan melanda beberapa buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 7 malam ini.
Antara negeri yang terlibat di Semenanjung adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling), Perak, Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin).
Manakala di bahagian selatan pula negeri yang dijangkan terjejas adalah Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sarawak pula antara daerah yang terjejas adalah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Miri (Subis) dan Limbang dan Sabah hanya daerah Sandakan (Kinabatangan) yang mungkin terjejas.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MET Malaysia.
Sumber: MET Malaysia