Siakap Keli
lelaki hilang separuh badan
Gambar: Loren Schauers/SWNS via Daily Star

Dihempap ‘Forklift’ Dari Ketinggian 15 Meter, Lelaki ‘Hilang’ Separuh Badan

Gara-gara dihempap jentera forklift dari ketinggian 15 meter di tempat kerja, seorang lelaki pasrah hilang separuh badan setelah menjalani pembedahan.

Seorang lelaki terpaksa hidup dengan separuh badan bahagian atasnya selepas terlibat dalam satu kemalangan dihempap jentera forklift di tempat kerjanya kira-kira tiga tahun yang lalu, lapor Daily Star.

Loren Schauers, 20 tahun yang bekerja sebagai buruh terpaksa dikejarkan ke hospital ketika itu ekoran forklift berkenaan jatuh dari ketinggian 15 meter dalam satu kejadian yang berlaku di tapak pembinaan pada September 2019.

Seperti yang dilapor Daily Star, kejadian ngeri itu menyebabkan Loren kehilangan separuh badannya pada bahagian bawah dan bermula dari itu, dirinya yang terselamat menjadi bualan media dan orang ramai.

Ekoran cedera parah yang terlalu ekstrem, dia tekad mengambil keputusan untuk membenarkan doktor melakukan pembedahan hemicorperektomi iaitu membuang sebahagian badan bermula dari bawah pinggangnya bagi menyelamatkan nyawa.

Gambar: Loren Schauers / SWNS via Daily Star
lelaki hilang separuh badan
Gambar: Daily Star

Difahamkan, pembedahan yang dijalani oleh Loren akibat tragedi itu membawa kepada pembuangan alat sulitnya kerana bahagian pelvis (tulang belakangnya) dikatakan hancur sepenuhnya.

Selepas kejadian ngeri itu, Loren yang berasal dari Great Falls di Montana itu menghabiskan tempoh selama tiga tahun untuk menjalani fasa pemulihan bagi menjalani kehidupan baharu.

Disebabkan masalah sukar untuk bergerak, isterinya,  Sabia Reiche, 23, mengambil alih tugasan harian dan turut membantunya seperti menukar beg dan memandikannya mengikut waktu ditetapkan.

Bagaimanapun dalam pada itu, keadaan fizikal Loren yang tiada alat sulit akibat dibuang semasa pembedahan tersebut turut mengundang persoalan daripada segelintir pihak.

Namun bagi Loren, perkara berkenaan dilihat sangat tidak menghormati diri dan peribadinya. Dia dan isterinya menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menjawab soalan sensitif sebegitu.

lelaki hilang separuh badan
Gambar: Daily Star

Bagaimanapun pada 25 Ogos baru-baru ini, isterinya memuat naik satu hantaran penuh emosi di media sosialnya memberitahu ribuan pengikutnya tentang sesuatu yang ‘buruk’ telah berlaku.

“Kawan anda, Loren dimasukkan ke hospital (mungkin disebabkan sepsis), pasti ia akan jadi ‘seronok’ untuk mencuba dan melawannya,” tulis perkongsian itu.

Difahamkan, sejak hantaran itu dimuat naik, tiada sebarang kemas kini terbaharu dimaklumkan oleh mereka.

Loren dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas dana sumbangan awam menerusi platform GoFundMe yang diciptanya berjaya terkumpul sebanyak kira-kira RM402,000.

“Rawatan itu akan memulihkan deria sentuhan dan pergerakan sepenuhnya di setiap tangan saya. Ia pastinya menjadi lebih bermakna buat hidup saya.

“Saya gembira mempunyai jutaan orang dan seorang yang sangat bermakna dalam menyokong saya untuk terus berjuang. Saya menghargai jasa kamu semua,” kata Loren di halaman GoFundMe seperti yang ditulis isterinya.

lelaki hilang separuh badan
Gambar: Loren Schauers/SWNS via Daily Star

 

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.