Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat sebuah lukisan melengkung ‘gergasi’ bernilai RM11 juta di Kedah dan mempunyai nilainya yang tersendiri.
Tahukah anda Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai muzium lukisan yang menarik untuk dilawati? Umumnya lukisan atau karya seni memerlukan tahap ketelitian dan nilai kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Bagi seorang penggemar seni lukisan, setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai nilai yang tersendiri. Itulah sebab mengapa kadang-kala harga sebuah lukisan boleh mencapai nilai yang ‘tidak masuk akal’.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama Nas, ia memaparkan keunikan sebuah lukisan gergasi di Muzium Padi yang terletak di Alor Setar, Kedah.
Salah satunya sebuah lukisan gergasi yang dilukis atas permukaan melengkung yang terletak di aras tiga bangunan itu.
Semua ni dilukis tangan oleh team pelukis 60 orang, atas permukaan melengkung yg besar.
Cantik dan teliti betul hasilnya. Kos lukisan mural = RM11 juta.
📍Muzium Padi, Alor Setar, Kedah. pic.twitter.com/1AJKp2MfOj
— 𝐍𝐚𝐬 (@NasSuha_) August 17, 2022
Di sini, pengunjung akan disajikan dengan panorama menarik perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas seluas saujana mata memandang.
Apa yang lebih menarik adalah sejarah di sebalik lukisan itu. Siapa sangka lukisan mural itu rupanya antara yang terbesar di Malaysia dengan ketinggian lapan meter dan 103 meter panjang.

Lukisan mural ini juga dianggarkan bernilai RM11 juta dengan memerlukan tenaga seramai 60 orang untuk bersama-sama menghasilkan karya seni agung sebesar itu.
Tambahan pula, ia mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan hingga ke ‘titisan’ cat terakhir.

Jika dilihat dari jarak dekat, lukisan itu seolah-olah hidup dan tidak menampakkannya seperti lukisan mahupun pandangan dua dimensi (2D).

Selain lukisan-lukisan pemandangan padi, terdapat juga lukisan-lukisan yang menarik di Muzium Padi.
“Yang ada minat seni lukis atau korang artist, memang patut datang sini. Betapa cantiknya lukisan ini, patut tengok depan-depan. Kagum dengan pinjaman bakat dari tuhan kepada orang-orang yang bertuah untuk melukis seelok macam ni. Ini satu lagi,” jelasnya.
Yang ada minat seni lukis atau korang artist, memang patut datang sini.
Betapa cantiknya lukisan ini, patut tengok depan-depan.
Kagum dengan pinjaman bakat dari tuhan kepada orang-orang yang bertuah untuk melukis seelok macam ni.
Ini satu lagi pic.twitter.com/MOblyf3dyu
— 𝐍𝐚𝐬 (@NasSuha_) August 17, 2022
Sementara itu, Nas pada laman Twitter turut menceritakan penat lelahnya dalam menghasilkan sebuah karya seni miliknya. Difahamkan lukisan yang dihasilkan itu mengambil tempoh selama tiga bulan untuk disiapkan.
Tempoh dorang siapkan ini, 6 bulan.
Dan ini aku punya lukisan, 3 bulan sebab termasuk 1 bulan musim hujan kat Terengganu, banyak kena lukis balik & repair sebab rosak dek air hujan.https://t.co/Rc2JA878IS
— 𝐍𝐚𝐬 (@NasSuha_) August 17, 2022
Dia turut memuat naik hasil lukisan yang dihasilkannya di muzium berkenaan.
Tanpa rasa malu, saya share progress lukisan saya sekarang kat sini.😂
Walaupun jauh panggang dari api daripada karya pelukis Muzium Padi, tak kisah. Bukan niat utk bertanding.
Hanya usaha untuk jadi lebih baik dari hari semalam pun dah happy.https://t.co/GXmReplxLO
— 𝐍𝐚𝐬 (@NasSuha_) August 19, 2022
Menjengah ke ruangan komen pelbagai lontaran reaksi yang diberikan di platform media sosial berkenaan mengenai luksian itu.
Antara yang jadi persoalan adalah bagaimana lukisan melengkung sebesar itu yang dilukis oleh 60 pelukis berbeza boleh dihasilkan dalam ‘tune’ yang sama.

Salah seorang daripada komen pengguna Twitter bertanyakan adakah setiap artistik mempunyai gaya seni yang tersendiri?
“Macam mana semua artist boleh samakan (sync) style? sebab tiap artistkan ada style seni tersendiri,” komen@qarnaynk.
Lalu jawabnya, “Saya tak berapa pasti macam mana untuk samakan style. Team pelukis ini dari Korea Selatan. Rasanya ini memang team professional & dorang mungkin ada guidelines & juga ketua artist yang buat & monitor sekali. Pendapat saya sahaja,”

“Tunggu. Korean? Bukan ke kita banyak bakal tempatan? Omg,” tulis Farahiyah.
Nas menjawab lagi, “Tak pasti kenapa, harap pihak muzium boleh jawab.
“Boleh jadi pada waktu tersebut 2004 tiada yang semahir yang mereka nak atau kalau ada, mungkin tak cukup ramai untuk siapkan dalam tempoh diberikan.
“Atau hanya team South Korea yang mampu buat reramai dalam art-style yang sama,” balas Nas.
Bagi yang mencintai hasil seni, pengorbanan dan penat lelah mereka akan terbayar selepas melihat hasil titik peluh yang diusahakan siap sepenuhnya walaupun memakan kos, tenaga dan masa yang lama.
Untuk makluman, Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang, bersamaan lapan kilometer dari pusat bandar Alor Setar itu telah dibuka pada 12 Oktober 2004 dahulu.
Terletak di sebuah negeri yang terkenal dengan gelaran ‘Jelapang Padi’, Muzium Padi di Alor Setar, Kedah ini menyimpan pelbagai hasil seni yang bernilai tinggi.