17 Ogos 2022, Ipoh – Sunway Lost World Of Tambun adalah rumah kepada anak badak air yang bertuah. Sunway Lost World Of Tambun sibuk melayan peminatnya di media sosial dengan berkongsi pelbagai informasi tentang habitat hippo termasuklah video khas, peraduan – peraduan menarik serta mengemas kini tentang kesihatan anak hippo gagah ini yang selamat dilahirkan pada18 Jun 2022.
“Jaguh ialah badak air pertama yang dilahirkan di taman tema kami dan keterujaan menyambutnya adalah luar biasa kerana kami juga telah menjaga beberapa spesis haiwan yang lain melalui program
pemuliharaan sebelum ini, termasuk burung terancam kuang raya, capybaras dan caiman. Kami yakin kelincahan Jaguh akan membuat penambahan yang menarik kepada keluarga hidupan liar kami,” kata Encik Nurul Nuzairi, pengurus besar Sunway Lost World Of Tambun. “Ini adalah satu lagi kerjasama yang. berharga bersama dengan PERHILITAN dan tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan berterusan dari Dato Abdul Kadir Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara,” tambahnya lagi.
Anak badak air ini menjadi kegemaran orang ramai dan telah pun mempunyai peminat dari seluruh dunia. Sesiapa pun akan terpikat dengan personalitinya yang nakal. Keputusan daripada peraduan dan undian yang diadakan untuk mencari nama yang paling sesuai untuk badak air kecil ini juga sangat memberangsangkan, kami menerima hampir 1000 penyertaan untuk memberikan nama buat anak badak air ini dan beberapa daripadanya dinamakan secara kreatif seperti berkaitan tokoh sejarah, perkataan yang mencuit hati dan juga watak daripada filem budaya pop kegemaran netizen.
Akhirnya, nama Jaguh yang bermaksud Juara telah menawan hati pihak Sunway Theme Parks. Fakta menarik bahawa Jaguh mula bangun dan berjalan beberapa jam selepas kelahirannya. Nama itu amat sesuai memandangkan perwatakannya yang kuat, yang dipercayai diperoleh daripada bapanya Jiwang.
Bagi anak badak air yang baru lahir, Jaguh sangat sihat dan mempunyai selera makan yang luar biasa seperti ibunya, Juwita semasa kecil dahulu. Renjer kami sedang memantau Jaguh dan Juwita dengan lebih teliti. Jiwang, ayah kepada Jaguh ditempatkan di luar kandang sepanjang tempoh berpantang buat ibunya dan Jaguh. Jiwang, tidak akan dibebaskan sehingga mereka benar-benar selesa dengan keadaan sekeliling. Berat Jaguh yang telah direkodkan adalah 50kg dan sedang mengamalkan pengambilan diet yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sunway Lost World Of Tambun menyeru kepada semua peminat haiwan dan keluarga untuk datang beramai ramai pada musim cuti sekolah yang akan datang untuk berjumpa dengan Jaguh yang bakal muncul sempena Hari Merdeka.