Siakap Keli
3 Bulan Tak Dapat Kencing
Gambar : AloMedika

Terjatuh Atas Tiang, Lelaki Terpaksa Tahan Sakit 3 Bulan Tak Dapat Kencing Akibat Zakar Tercedera

Terjatuh Atas Tiang, Lelaki Terpaksa Tahan Sakit 3 Bulan Tak Dapat Kencing Akibat Zakar Tercedera

NEW ZEALAND – Seorang lelaki tidak dapat membuang air kecil selama tiga bulan kerana mengalami kecederaan zakar yang teruk selepas jatuh 10 kaki ke atas tiang pagar. 

Menurut laporan, mangsa berusia 49 tahun mula mengeluarkan darah dari hujung zakarnya selepas pendaratan yang meletakkan tiang di antara kakinya.

Kesannya, mangsa berasa kesakitan dan sukar untuk membuang air kecil.

Mangsa mendapatkan rawatan di Jabatan Urologi di Hospital Auckland City, dan disahkan uretranya (tiub yang membuang air kencing) rosak akibat terjatuh.

Imbasan menunjukkan terdapat lubang pada tiub, membolehkan darah masuk ke dalam saluran terus dari vena berdekatan.

Difahamkan pihak hospital memasangkannya dengan kateter selama tiga bulan untuk membolehkan uretranya sembuh, yang membolehkan dia membuang air kecil ke dalam beg di luar badannya.

Setelah mangsa pulih sepenuhnya, pakar bedah akhirnya mengeluarkan kateter dan membolehkan dia mengeluarkan cecair secara normal.

Tetapi menurut doktor dia mungkin mengalami sepsis yang boleh membawa maut jika air kencing mengalirkan bakteria ke dalam aliran darahnya.

Kesan dari jatuh itu menyebabkan dia kesakitan dan dia menyedari air kencingnya telah berubah warna kerana terdapat darah di dalamnya. Darah dalam air kencing boleh menghasilkan warna kemerahan, coklat atau seperti teh.

Selain itu, mangsa juga mengalami lebam di perineum (kawasan antara skrotum dan dubur ) yang merebak ke belakang paha atasnya dan mendapati buah zakarnya juga sakit.

Mereka menemui darah dalam air kencingnya tetapi tiada kelainan lain, menyebabkan mereka mengesyaki dia mengalami kecederaan pada uretra.

Kemudian, doktor memasukkan kamera kecil ke uretra untuk memeriksa tahap kerosakan dan melihat lubang kecil pada lapisan tiub.

Hanya segelintir kecederaan yang serupa telah dilaporkan dalam rekod perubatan.

Majoriti pesakit boleh pulih dengan hanya membenarkan uretra sembuh secara semulajadi dan dengan bantuan kateter untuk mengalihkan air kencing.

Tetapi bagi kes yang lebih serius, pembedahan perlu dilakukan untuk menutup luka.

Sumber : Mail Online

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.