Siakap Keli
Kredit: Daily Star

Dipercayai Tinggi 15 Kaki, Saksi Nampak Kelibat ‘Bigfoot’ Di Tepi Pantai

Kelibat dan kesan tapak kaki mawas gergasi atau Bigfoot di tepi pantai dan hutan dalam kejadian baru-baru ini mencetus kebimbangan awam.

Beberapa pelancong British terkejut besar apabila terserempak dengan makhluk dipercayai mawas sebesar ‘Arnold Schwarzenegger’ di Norfolk, Virginia di US.

Menurut Daily Star, salah seorang saksi mengatakan bahawa dia melihat makhluk tersebut dengan ketinggian 15 kaki semasa sedang membuang air kecil di dalam hutan.

Selain itu, beberapa tapak kaki gergasi juga turut ditemui di tempat tersebut dan saiznya dipercayai lima kali lebih besar daripada saiz kaki manusia secara puratanya.

Difahamkan, ini merupakan kejadian kali pertama dipercayai memiliki bukti kukuh mengenai kewujudan makhluk hutan tersebut, walaupun desas-desus mengenainya sudah lama dibincangkan sejak dahulu.

Gambar hiasan | Kredit: Daily Star

Penampakan makhluk gergasi berbulu semasa buang air kecil

Seorang lelaki di North Norfolk yang mahu identitinya dirahsiakan berkata bahawa, dia sedang membuang air kecil pada beting pasir ketika dia melihat raksasa hutan tersebut.

“Pada masa itu, saya bersama rakan-rakan saya pergi sebentar untuk membuang air kecil. Ketika itu, saya melihat sesuatu dari hujung mata saya,” katanya.

Dia juga menambah bahawa makhluk tersebut memiliki ketinggian setinggi 15 kaki, dua kali ganda daripada ketinggian dirinya.  Makhluk itu telah menjeling ke arahnya tetapi dia tidak dapat bergerak dan hanya mampu berdiri kaku.

Selepas itu, makhluk tersebut memasuki hutan pokok pain dan meninggalkannya. Lelaki tersebut memberitahu rakan-rakannya mengenai insiden tersebut tetapi mereka tidak mengambil serius mengenai kisah itu.

Penemuan tapak kaki gergasi

Beberapa hari kemudian, seorang lagi saksi awam, Clemmie Long, 31, mengesan dua tapak kaki besar semasa dia berjalan-jalan bersama anjing peliharaannya pada Isnin lalu.

Dia berkata,“Tiba-tiba Dusty (anjing) meletakkan hidungnya ke tanah dan menarik saya,”

Difahamkan, anjing peliharaanya itu tidak pernah bertindak sedemikian sebelum ini sehinggalah ia membawa dirinya terus ke lokasi kesan tapak kaki gergasi yang dipercayai milik bigfoot di tanah.

Kredit: Daily Star

Tambah Clemmie, dia seolah-oleh tidak percaya ketika melihat tapak kaki tersebut buat kali pertama. Dikatakan saiznya kira-kira lima kali ganda lebih besar berbanding saiz kaki manusia.

Mawas juga dikenali sebagai Bigfoot ataupun Sasquatch, dipercayai merupakan sebahagian daripada kumpulan haiwan seperti beruk ataupun “humanoid yang sangat tinggi dan berbulu”.

Penampakan mawas yang paling terkenal adalah di Bluff Creek di California pada tahun 1967, apabila individu bernama Roger Patterson dan Bob Gimlin menangkap gambar makhluk itu menerusi lensa kamera.

Di United Kingdom, kelibat makhluk berbulu ini sudah lama kelihatan kerana laporan mengenainya sudah pun lama wujud sejak tahun 1800-an, membuktikan bahawa berkemungkinan besar, Bigfoot ‘sudah wujud’ selama beratus-ratus tahun.

Sumber: Daily Star

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.