Siakap Keli
selatan sumatera digegarkan
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Sumatera Sebentar Tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan Selatan Sumatera di Indonesia digegarkan dengan gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 sebentar tadi.

Maklum Met Malaysia, gempa bumi itu direkodkan berlaku pada jam 11:29 pagi waktu tempatan yang berpusat di 1.0 darjah selatan dan 98.5 darjah timur dengan kedalaman 34 kilometer.

Difahamkan, tambah Met Malaysia, pusat gegaran itu juga terletak 54 kilometer arah Barat Laut dari Siberut.

Bagaimanapun, Met Malaysia melaporkan tiada ancaman Tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Bali digegar gempa bumi sebelum ini

Pada minggu lepas, gegaran gempa bumi turut sederhana bermagnitud 5.8 turut dikesan berlaku di Selatan Bali, Indonesia dalam kejadian pukul 4:36 petang hari kejadian.

Seperti yang dilapor Met Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak di 9.5 darjah selatan dan 115.6 darjah timur dengan kedalaman 141 kilometer.

Difahamkan, pusat gempa itu juga dikesan terletak kira-kira 98 kilometer tenggara dari wilayah Denpasar, Indonesia.

Bagaimanapun menurut Met Malaysia ketika itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.