Siakap Keli

Barang Terbuang Jadi Produk Bernilai, MRM Anjur Pertandingan Reka Bentuk “Waste to Wealth Innovation”

KUALA LUMPUR, 29 OGOS – Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) menganjurkan program Simposium Pemerkasaan Industri Tempatan melalui Reka Bentuk Kitaran (Circular Design) dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Waste to Wealth Innovation 2021/2022 serta Pelancaran Tema Pertandingan 2023 di Dewan Perdana MITI semalam.

Simposium in diadakan bagi memberi peluang kepada enam syarikat pertama yang buat julung kalinya menerima geran daripada pihak MITI melalui MRM bagi pembangunan produk berasaskan reka bentuk kitaran untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan para peserta tentang konsep Reka Bentuk Kitaran (Circular Design) di Malaysia.

Melalui ucapan Pengarah MRM, Encik Sulaiman Arsha memberitahu, sebagai sebuah agensi kerajaan yang amat menitik beratkan aspek reka bentuk, adalah menjadi tanggungjawab MRM untuk memberi galakan dan mempromosi konsep Reka Bentuk Kitaran atau Circular Design sebagai salah satu pemuliharaan alam sekitar dan penjanaan kekayaan.

Ini seiring dengan fokus utama MITI iaitu perdagangan dan pembangunan mampan, daya tahan rantaian bekalan dan pembangunan modal insan. Usaha ini juga bagi mengarusperdanakan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pembangunan sektor pembuatan.

Beliau turut berkata simposium ini turut diadakan agar ia menjadi satu platform menghasilkan idea yang kreatif dan input berguna kepada pemain-pemain industri serta para peserta untuk menghasilkan produk yang mempunyai ciri-ciri inovatif berasaskan Reka Bentuk Kitaran. Dalam masa yang sama, program ini secara tidak
langsung dapat memberikan pendedahan kepada pemain industri berkaitan akta dan standard seta dana yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dalam bidang Reka Bentuk Kitaran dan ESG di Malaysia.

Melalui simposium ini, enam syarikat pertama penerima geran HVA Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Majlis Rekabentuk Malaysia ini adalah terdiri daripada tiga kategori iaitu:

1. Penerima Geran Kategori Elektrikal dan Elektronik, Fortesvo Sdn Bd dan Genius Wisdom Sdn Bhd,
2. Penerima Geran Kategori Pembungkusan, HZ Green Pulp Sdn Bh dan Noraini Cookies Sdn Bhd,
3. Penerima Geran Kategori Perabot, Hatta Dolmat Design dan Pro-Landscape Structure Sdn Bhd.

Dalam masa yang sama, MRM turut mengadakan acara penyampaian hadiah Pertandingan Reka bentuk Waste to Wealth Innovation 2021/2022 serta majlis pelancaran Tema Pertandingan tersebut untuk tahun 2023. Bagi sesi 2021/2022 terdapat da kategori dipertandingkan iaitu Kategori Profesional dan Kategori Komuniti. Untuk kategori Profesional, penerima Hadiah Utama menjadi milk Mohd Norhan bin Dulkahar dengan reka bentuk produk yang dihasilkan iaitu Eggy Light.

Lima penerima Hadiah Saguhati menjadi milk Mohd Taufik bin Talib, Nurdania Alya binti Syamsul Rezal, Mohd Zulfahmy bin Rapa, Amirul Irfan bin Amdani dan Isramimi binti Ishak. Hadiah Utama untuk Kategori Profesional menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, berserta Trofi dan Sijil Penyertaan manakala pemenang Hadiah Saguhati menerima wang tunai RM700.00 setiap seorang berserta Trofi dan SijilPenyertaan.

Bagi Kategori Komuniti pula, Hadiah Utama telah dimenangi ole Zariths Sufea binti Zainal dengan penghasilan reka bentuk produk Octo Aid. Lima Pemenang Saguhati bagi kategori ini dimiliki oleh Nur Zhafirah binti Mohd Zairi, Nabil Mubarag bin Amir Hamzah, Muhammad Ikhwan bin Hali, Muhammad Shahizat bin Fazilah dan Hanizam bin Hussin dan Khairul bin Masseat.

Hadiah Utama untuk Kategori Komuniti menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00, berserta Trofi dan Sijil Penyertaan manakala pemenang Hadiah Saguhati menerima wang tuna RM500.00 setiap seorang berserta Trofi dan Sijil Penyertaan.

Semua hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Kedua-dua program ini merupakan inisiatif MRM untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi menangani krisis yang kritikal dengan memberi tumpuan kepada agenda berasaskan amalan ESG iaitu Environmental (Alam Sekitar), Social (Sosial) dan Governance (Tadbir Urus). Program ini merupakan anjuran bersama Berhad dan SWCorp serta disokong ole beberapa agensi MITI yang lain seperti SIRIM, MATRADE dan MIDA.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.