Siakap Keli
Baring Selama 60 Jam
Gambar via Oddity Central

Baring Selama 60 Jam, Lelaki Berjaya Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM1,000

Baring Selama 60 Jam, Lelaki Berjaya Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM1,000

Seorang lelaki dari Kampung Brezna, Montenegro dinobatkan sebagai juara apabila berjaya memenangi pertandingan berbaring paling lama apabila dia mencatatkan masa selama 60 jam berbuat demikian. 

Memetik Oddity Central, Zarko Pejanovic berjaya berbaring lurus tanpa beralih sepanjang Kejohanan Berbaring ke-12 yang berlangsung di sebuah taman rekreasi sekaligus mengalahkan sembilan peserta yang lain. 

“Ia bukanlah satu cabaran yang sukar. Percayalah, saya tidak memanaskan badan pun  sebelum memulakan acara tersebut,” kata Pejanovic, lapor Oddity Central. 

Difahamkan, semua peserta dibenarkan untuk membawa sebarang peralatan serta barangan seperti telefon bimbit, buku dan sebagainya bertujuan ‘menyibukkan diri’ semasa pertandingan itu sedang berlangsung. 

Dalam pada itu, peserta juga dibenarkan untuk ke tandas setiap lapan jam dan kembali semula ke tapak pertandingan dan berbaring semula sehingga mereka berjaya menemukan juara. 

Menurut Oddity Central, pertandingan tersebut dicetuskan dan dianjurkan oleh seorang lelaki, Radoje Blagojevic untuk tujuan mempersendakan stereotaip bahawa penduduk Montenegro pemalas. 

Menariknya edisi kali ini, Pejanovic berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,566, makan tengah hari secara percuma beserta hadiah penginapan pada hujung minggu di perkampungan etnik Montenegro serta pengalaman aktiviti berakit di kampung tersebut. 

BACA: Kes Ford Ranger Dilanggar Belakang, Pemandu Van Polis Juga Disaman

Sumber: Oddity Central

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.