Siakap Keli

Pernah Terima Anugerah The Brandlaureate SME’s Best Brand Award, LEYNA Kini Setanding Jenama Bantal Terkemuka

Sejarah baru tercipta buat pengasas LEYNA pada 2 Jun 2022 atas pencapaian mereka sebagai salah satu jenama terbaik dalam acara The Brandlaureate SME’s Best Brand Award 2022.

LEYNA dipilih sebagai Business Leadership Consumer Pillow Solutions sekaligus menjadikan jenama itu sebagai peneraju pasaran bantal di Malaysia, selaras dengan visi syarikat mereka untuk meneraju pasaran kelengkapan rumah menjelang tahun 2030.

Perasaan bangga itu dizahirkan melalui kiriman di laman Facebook rasmi jenama berkenaan, LEYNA by Flenaz HQ.

“Kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa usaha keras semua warga LEYNA iaitu LEYNA BUDDIES dan LEYNA WARRIOR dibawah pemimpin hebat founder Puan Nastasha Nordin dan CEO Tuan Azli Azhar. Tidak dilupakan penasihat kami, Datuk Faridah Hanim Haron serta team Annems yang banyak memberi bimbingan serta mewujudkan sebuah program memantapkan syarikat iaitu BSS.

“Tapi yang paling penting adalah kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia terhadap produk tempatan.”

LEYNA percaya pencapaian itu adalah hasil daripada kerjasama ejen mereka yang dianggap sebagai permata masa depan yang bakal membawa nama LEYNA berdiri setanding jenama popular yang lain.

“Pencapaian demi pencapaian telah kami berjaya raih. Semua ini dengan satu niat iaitu menjadikan LEYNA sebagai medium untuk kami membantu lebih ramai rakyat Malaysia bagi mengubah kehidupan mereka dari segi kemahiran, pengetahuan, kewangan dan menerapkan sifat professionalism dalam diri masing-masing.”

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.