Wanita Miliki Suara Unik Persis Lelaki, Juri Terpegun Sampai ‘Tuduh’ Hanya ‘Lip Sync’
INDONESIA – Seorang wanita berusia 23 tahun yang tular di media sosial kerana memiliki suara yang unik telah berjaya membuat juri Indonesia’s Got Talent 2022 terpegun selepas mendengar nyanyiannya.
Nabila Izza atau lebih dikenali sebagai Nabila, 23 tahun berasal dari Surabaya, Jawa Timur telah banyak memuat naik video nyanyiannya di akaun TikTok miliknya @iamnabilaim sehingga berjaya meraih perhatian netizen.
Baru-baru ini, Nabila berjaya mencuri perhatian juri semasa uji bakat di Indonesia’s Got Talent 2022.
Suaranya yang unik dan mirip dengan suara lelaki berjaya menarik perhatian media dan juri sehingga mendapat pujian daripada beberapa juri.
Malah juri Denny Sumargo menyangka Nabila lip sync kerana suaranya seperti lelaki ketika muncul di Indonesian Got Talent.
“Tepukan gemuruh untuk Nabila, Wah, saya kagum,” kata Denny Sumargo semasa mengulas persembahan Nabila.
Selain itu, Raline selaku juri turut mengakui suara Nabila memiliki ciri tersendiri yang sangat cantik dan sangat menjiwai serta unik.

“Yeah such a such a beautiful boy, so good. Then kalau awak nyanyi macam dari jiwa awak jadi saya boleh rasa perasaan awak,” kata Raline Shah.
Namun, terdapat perbezaan pendapat oleh salah seorang juri bernama Ivan Gunawan.
Ivan Gunawan memberi pendapat bahawa Nabila menyanyi untuk dirinya sendiri dan bukan untuk penonton.
“Nyanyi lagu cover, awak nyanyi sendiri atau awak nyanyi untuk orang atau macam-macam, ada beza antara menyanyi di media sosial dan menyanyi di atas pentas,” ulas Ivan Gunawan.
“Kalau saya tak nampak awak menyanyi atas pentas sebab apa, awak masih menyanyi sendiri,” tambah Ivan Gunawan.
Meskipun demikian, Ivan Gunawan mengakui bahawa Nabila sememangnya berbakat.
Susulan daripada itu, Nabila telah mendapat 3 YES daripada juri yang membolehkan dia memasuki pusingan seterusnya.
Sumber : baaca.id