Lelaki Nyaris Maut Dirempuh Kereta Api, Degil Nak Lintas Landasan Walau Dilarang
Seorang lelaki menghadapi detik cemas apabila hampir dilanggar oleh kereta api dalam kejadian di kawasan Ramnagar, Uttar Pradesh, India pada 26 Ogos lalu.
Memetik laporan NDTV, rakaman CCTV memaparkan lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya dan melarikan diri beberapa saat sebelum kereta api meluncur laju ke arahnya.
Malangnya, motosikal miliknya itu dilihat musnah dilanggar oleh kereta api.
Ketika kejadian, lelaki terbabit bersama beberapa orang yang lain dilihat cuba untuk melintasi kawasan landasan sebelum masing-masing panik melihat ketibaan kereta api.
Lelaki itu yang sedang menunggang motosikal dilihat seakan sedang bergelut untuk berundur kerana kenderaannya itu tersangkut pada landasan.
Difahamkan, penunggang motosikal itu menyeberangi landasan tersebut walaupun ia telah ditutup dan notis juga telah diberikan.
Menurut NDTV, lelaki terbabit mungkin akan ditahan di atas tindakannya itu.
Sehingga kini, video tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat hampir sejuta tontonan.
Sir, you can collect your bike from the next station. pic.twitter.com/Hp9bNYkbhe
— Dr. Ajayita (@DoctorAjayita) August 30, 2022
BACA: Leka Main ‘Phone’, Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api Dari Belakang
Sumber: NDTV