Siakap Keli
Gambar: Bernama

PASKAL Laksana Latihan Menyelamat Tebusan Khamis Ini Di Lumut

IPOH, 30 Ogos (Bernama) — Kapal Diraja Panglima Garang iaitu Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (PASKAL) akan melaksanakan latihan menyelamat tebusan dengan menggunakan bas bagi kursus tempur jarak dekat di sekitar simpang tiga Lumut, Khamis ini.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat latihan itu akan berlangsung selama sejam bermula pukul 10 pagi.

“Justeru, penduduk sekitar dan orang ramai diminta supaya tidak cemas sekiranya mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan pada tarikh dan waktu yang dinyatakan.

Orang awam juga dinasihati agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.