Penggal Kepala Makcik Sendiri Buat Sup, Lelaki Disyaki Kanibal Berjaya Ditahan
NIGERIA – Seorang lelaki yang disyaki kanibal telah berjaya ditahan polis selepas didakwa memenggal kepala ibu saudaranya dan menggunakannya untuk membuat sup lada.
Menurut Daily Mail, suspek yang berusia 45 tahun itu telah memenggal kepala ibu saudaranya menggunakan parang di ladang suami mangsa yang terletak di Oju.
Difahamkan suspek telah memasak kepala tersebut menjadi sup dan menjamahnya sebelum ditangkap oleh saudara maranya pada 19 Ogos, lapor akhbar Nigeria Daily Post.
Suspek telah ditangkap dan telah hadir di Mahkamah Majistret Makurdi atas tuduhan kanibalisme.
Seorang saksi menyatakan kepada polis bahawa suspek telah pergi ke ladang bapa saudaranya di mana mangsa bekerja sebelum membunuhnya menggunakan parang.
Setelah memenggal kepala mangsa, suspek yang dikenali dalam komuniti sebagai seorang yang ‘tidak betul’ menggunakannya untuk membuat sup.
Menurut penduduk tempatan, keluarga mangsa telah keluar mencarinya selepas dia tidak pulang dari ladang namun hanya dijumpai semasa suspek sedang memakan kepalanya.
Suspek memberi keterangan kepada polis bahawa dia dan mangsa begaduh menggunakan parang sebelum dia mengalahkannya dan membunuhnya.
Akhbar Nigeria Stateflash melaporkan: “Polis menganggap penceritaan itu terlalu normal untuk menjadi penceritaan seorang lelaki gila dan, oleh itu, memutuskan untuk mendakwanya.”
“Walaupun Pendakwaraya memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah mengaku melakukan jenayah itu namun tiada pengakuan dibuat, kerana tiada bidang kuasa.”
Ketua Majistret, Regina Alagh, memerintahkan agar suspek direman di Pusat Koreksional Persekutuan, Makurdi dan sejak itu dia mengaku bersalah atas pertuduhan di mahkamah, menurut laporan tempatan.
Dilaporkan kes itu telah ditangguhkan sehingga 11 November untuk mendapatkan nasihat undang-undang daripada Kementerian Kehakiman Negeri, kata laporan.
Sumber : Daily Mail