Siakap Keli
Kredit Sri Dewi/TikTok

Tanya “Senang Tak Nak Buang”, Abang Askar Sapu Celoreng Dekat Muka Adik Ni, Cuba Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tanya “Senang Tak Nak Buang”, Abang Askar Sapu Celoreng Dekat Muka Adik Ni, Cuba Sendiri

Semalam bersamaan 31 Ogos merupakan hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-65. Sambutan yang gilang gemilang telah diadakan di Dataran Merdeka dengan dihadiri Yang Dipertua Agong dan Permaisuri Agong sebagai tetamu kehormat.

Pelbagai ragam dapat dilihat dan perkongsian-perkongsian yang dibuat pengunjung melalui media sosial turut menjadi viral. Masing-masing mahu mengabadikan kenangan, khususnya dengan pewira-pewira negara yang tampil gagah dan tampan dalam perarakan yang diadakan semalam.

Dalam satu perkongsian di TikTok, pengguna yang mengguna nama Sri Dewi turut berkongsi pengalamannya bersama anaknya menyambut hari bersejarah itu.

Menerusi video tersebut, Sri Dewi merakam detik yang tak mungkin dapat dilupakan apabila anaknya diberi peluang untuk mencuba sendiri calitan celoreng penyamaran di mukanya, atau lebih tepat lagi dengan bantuan seorang anggota tentera.

@ciksridewimalam

sapa suruh tanya celoreng tu senang buang ke tak? terus kena try kat muka sendiri dan anak 😆 #merdeka #merdeka65 #merdekamalaysia #dataranmerdeka #angkatantenteramalaysia #wiranegarabarisanhadapan #askar #barabarabara_bereberebere

♬ bunyi asal – Hafiz Ganu😜 – Hafiz Ganu😜

Menurut pemilik akaun tersebut, pada awalnya anaknya bertanya soalan kepada anggota tentera tersebut sewaktu perbarisan tentang celoreng di muka askar tersebut sama ada ia senang untuk ditanggalkan atau tidak.

Kemudian, bagi memberikan pengalaman yang lebih istimewa kepada kanak-kanak tersebut, anggota tentera berkenaa bertindak menyapu celoreng di muka kanak-kanak tersebut dan memintanya merasai sendiri.

Kanak-kanak itu juga sempat bergambar dengan kumpulan perbarisan askar tersebut sebagai tanda kenangan. Kelihatan kanak-kanak itu menikmati hari bersejarah itu disamping keluarganya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penonton meninggalkan komen yang positif terhadap video tersebut. Ada juga yang mendoakan agar kanak-kanak tersebut agar menjadi askar apabila dewasa kelak.

Tidak kurang juga ada yang memberi komen kepada askar yang sungguh “sporting” melayan karenah pengunjung pada hari tersebut.

BACA: Bangga, Viral Burj Khalifa Mercu Tanda Dubai Dilimpahi ‘Cahaya’ Jalur Gemilang Sempena Merdeka

Sumber: Sri Dewi/TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.