Dua ‘Sahabat’ Bakal Berpisah Selamanya, Anjing Sempat Bagi Ciuman Terakhir Buat Askar
Disebalik kemeriahan menyambut hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu, terselit juga kisah yang menyentuh hati semua. Benarlah, perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan.
Menerusi perkongsian foto-foto Hari Kebangsaan 2022 yang dibuat oleh portal Panggilan Pertiwi, ada sekeping gambar yang mempunyai kisah yang tersendiri di sebaliknya.
Gambar berkenaan memperlihatkan seorang askar memeluk dan bermain serta mencium anjing perang yang ditugaskan dibawahnya. Pada mulanya, ramai yang menyangka bahawa foto berkenaan cuba menyampaikan ‘cerita’ keakraban antara seekor anjing dengan si penjaganya.
Rupa-rupanya, di sebalik keakraban yang ditunjukkan, ternyata rupanya dua ‘sahabat’ ini akan berpisah tidak lama lagi.
@hrppertiwi Kisah Dua Sahabat – Loki & Kpl Walensten #anjingperang #tdm #rrd #loki #fyp #viral #friendship #merdeka #merdeka65 #realstory
Ia selepas anggota askar di dalam gambar tersebut tampil meninggalkan komen dan berkongsi cerita yang membuatkan ramai pembaca merasa pilu.
Menurut Koperal Walensten atau nama fbnya, Micro Junior, beliau akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi dan ia merupakan kali terakhir dia terlibat bersama anjing yang bernama Loki itu dalam sambutan Hari Kebangsaan.

Beliau turut berkongsi bahawa sudah banyak cabaran yang dihadapi bersama anjing tersebut sepanjang berkhidmat sebagai anggota tentera yang tugasnya mempertahankan keselamatan negara. Malah, beliau menyifatkan Loki adalah kawan sejatinya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen dalam video itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Micro Junior atas perkhidmatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia.

BACA: Bung Moktar, Zizie Izette Diperintah Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta
Sumber: TikTok