Imej Satelit Dedah Kemusnahan Di Pakistan, Sahkan 1/3 Kawasan Ditenggelami Air
Lebih satu pertiga daripada Pakistan dilaporkan telah ditenggelami air akibat banjir selepas neagara itu berbulan-bulan dilanda hujan lebat. Difahamkan, angin monsun yang membawa hujan lebat telah melanda negara Asia itu sejak pertengahan Jun yang lalu. Ia melebihi 10 kali ganda purata nilai hujan tahun ini menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA).
Memetik Space, ESA telah mengeluarkan imej satelit baharu yang memperlihatkan gambaran negara tersebut yang telah dipenuhi air pada Khamis, 1 September. Imej baharu tersebut yang diambil dari satelit Copernicus Sentinel-1 mendedahkan secara terperinci kemusnahan yang berlaku pada Pakistan. Menerusi gambar, dapat dilihat Sungai Indus melimpah melepasi bahagian tebing.
Disebabkan air terlalu penuh dan kemudiannya melimpah, sebuah tasik seluas 60 batu (100 kilometer) dan lebih dari enam batu (10 km) lebar telah terbentuk di satu kawasan di wilayah Sindh. Kawasan berkenaan merupakan kawasan tanah yang luas, sepanjang sempadan dengan Afghanistan, kini berada di bawah air, yang mengalir menuruni banjaran gunung Himalaya dan Karakoram.
Confirmation from the European Space Agency that more than a third of Pakistan is currently submerged.
"More than 33 million, one in seven Pakistanis, have been affected by the flooding."https://t.co/AZBre4qIcw pic.twitter.com/HR8cRqVJLj
— Karl Mathiesen (@KarlMathiesen) September 1, 2022
Bencana itu setakat ini telah mengorbankan lebih 1,100 nyawa dan menyebabkan 33 juta penduduk Pakistan terjejas menurut ESA. Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menyifatkan banjir tersebut sebagai kejadian banjir terburuk dalam sejarah Pakistan yang telah menelan kos sekurang-kurangnya RM44 bilion untuk proses baik pulih semula infrastruktur yang musnah.
Selain cuaca hujan, bencana tersebut juga dipercayai berpunca dari gelombang panas yang berlaku pada bulan Mei lalu hingga menyebabkan pencairan berlaku di pegunungan glasier menyebabkan tanah lembab dan banjir.
Walaupun Pakistan hanya penumbang kecil kepada pelepasan gas hijau, 22% dari penduduk mereka menanggung beban akibat perubahan iklim yang dilihat semakin meningkat.
BACA: Datuk Seri Najib Tiba Di Kompleks Mahkamah KL, Hadir Bicara Kes Pinda Laporan Audit 1MDB
BACA JUGA: Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan Perbicaraan Bung Moktar Dan Isteri Diketahui Hari Ini
Sumber: Space