Siakap Keli
Lelaki Tetak
Gambar via Awani

Lelaki Didakwa Tetak, Tikam Kekasih Kerana Minta Putuskan Hubungan

Seorang lelaki dipercayai pemandu e-hailing bertindak menikam dan menetak teman wanitanya hingga maut selepas mangsa menyatakan hasrat untuk mengakhiri kisah cinta mereka. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di sekitar Masai pada jam 12 tengah hari, Rabu, 31 Ogos 2022. 

Difahamkan, jeritan mangsa telah didengari oleh salah seorang pegawai keselamatan yang bertugas di pangsapuri tersebut pada hari kejadian. 

“Bertindak atas makluman, pihak polis berjaya menahan suspek di lokasi sama, lebih kurang jam 1 petang hari yang sama.

“Pengawal keselamatan (pengadu) itu memaklumkan terdengar pergaduhan di unit kediaman berkenaan dan semasa membuat pemeriksaan di rumah mangsa, pengadu mendapati suspek memegang pisau dan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

“Suspek berusia 30 tahun, bertindak mencederakan mangsa dengan menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa.

“Mangsa luka di bahagian muka, lengan dan pergelangan tangan, selain cedera ditikam dibahagian rusuk. Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan antara mereka,” jelasnya, lapor Awani. 

Menurut Mohd. Sohaimi, mereka juga turut merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu yang merupakan pisau sepanjang 19 sentimeter. 

Selain itu, suspek juga didapati mempunyai satu rekod kesalahan jenayah lampau berdasarkan pemeriksaan awal ke atasnya. 

Dalam pada itu, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek telah ditahan direman selama enam hari bermula Khamis, 31 Ogos hingga Selasa, 6 September 2022. 

BACA: Kena ‘Sidai’ Lama, Geng ‘Moto’ Tetap “Sporting”, Bagi Jalan & Siap Lambai Konvoi Askar

Sumber: Awani

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.