Siakap Keli
Tertembak Wanita Dengan Ubat Penenang
Gambar : Daily Mail

Sejam Tak Sedarkan Diri, Pemburu Monyet Tak Sengaja Tertembak Wanita Dengan Ubat Penenang

Sejam Tak Sedarkan Diri, Pemburu Monyet Tak Sengaja Tertembak Wanita Dengan Ubat Penenang

JEPUN – Seorang wanita dilapor telah ditembak dengan damak yang diisi dengan ubat penenang secara tidak sengaja oleh pasukan pemburu monyet, lapor Sora News.

Kejadian berlaku di Bandar Fuji, selepas beberapa penduduk melaporkan melihat monyet itu berhampiran Stesen Fujikawa, laporan Sora News 24.

Difahamkan tiga pekerja perbandaran dan seorang pakar memburu monyet bersenjatakan senapang penenang telah dihantar ke tempat kejadian untuk menangkap monyet itu.

Apabila tiba, wanita itu memberi mereka butiran tentang keberadaan monyet itu dan secara tidak sengaja salah seorang darinya dilaporkan telah tertembak damak penenang di lengan wanita tersebut.

Gambar : Daily Mail

Menurut pegawai bandar, jari pemburu tergelincir semasa membetulkan laras senapang untuk mengelakkan kebocoran udara dan menarik picu, dengan laras mengacu kepada wanita tersebut.

Dilaporkan wanita itu dibawa ke hospital dan bangun sejam kemudian.

Dia tidak mengalami kecederaan dan dikeluarkan pada hari sama namun monyet tersebut masih lagi gagal ditangkap.

Insiden itu menimbulkan persoalan tentang kecekapan pemburu monyet dan kerajaan Fuji City mengeluarkan permohonan maaf kepada wanita itu.

Mereka menjanjikan penyiasatan penuh terhadap insiden dan semakan dasar untuk mengelakkan pelepasan tidak sengaja daripada berlaku lagi.

Insiden itu berlaku semasa gelombang serangan monyet yang berterusan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyebabkan penduduk kota takut.

Terdapat beberapa kejadian serangan monyet telah berlaku di sekitar Jepun yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Monyet Jepun biasanya dilihat di seluruh bahagian besar negara dan merupakan perosak di sesetengah kawasan.

Tetapi serangan Yamaguchi adalah luar biasa menyebabkan penduduk kini membawa payung dan gunting penebang pokok untuk mempertahankan diri.

Gambar : Daily Mail

“Pada mulanya hanya kanak-kanak dan wanita diserang. Baru-baru ini orang tua dan lelaki dewasa turut menjadi sasaran,”kata pegawai itu.

Setelah berada dalam senarai spesies terancam, kerajaan mengharamkan pemburuan kera Jepun selepas tamat perang dan bilangan mereka semakin meningkat.

Menurut kajian dalam Jurnal Mammal Study, perubahan demografi Jepun juga boleh menyumbang kepada peningkatan konflik antara kera dan manusia.

Sepanjang 50 tahun yang lalu, orang ramai telah berhijrah dari perkampungan luar bandar tradisional lama ke bandar, menyebabkan populasi monyet meningkat, laporan itu membuat spekulasi.

Sumber : Daily Mail

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.