Siakap Keli
Gambar via Kosmo

Wanita Ditahan Cuba Larikan Barangan Hampir RM1,000, Teman Lelaki Diburu

Wanita Ditahan Cuba Larikan Barangan Hampir RM1,000, Teman Lelaki Diburu

Seorang wanita yang cuba untuk melarikan pelbagai barangan bernilai RM1,000 selepas cubaan samun di sebuah pasar raya di Tebrau berjaya ditahan. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, seorang lagi suspek lelaki berusia 33 tahun dipercayai pasangan kepada wanita itu sedang diburu oleh pihak polis. 

Difahamkan, pasangan tersebut bertindak keluar menerusi laluan kaunter pembayaran secara layan diri tanpa membuat sebarang bayaran selepas mengambil beberapa barangan di pasar raya tersebut. 

“Pengadu memaklumkan dia menyedari kejadian itu pada pukul 7.15 malam, dimana seorang wanita berusia 31 tahun dan pasangannya, lelaki berusia 33 tahun cuba mencuri barangan pasar raya tersebut, kelmarin. 

“Pasangan itu dipercayai cuba keluar tanpa membuat pembayaran terhadap barangan yang diambil mereka yang mana semuanya bernilai RM952.19, antara barangan diambil termasuk pelbagai jenis coklat, cangkuk kenderaan dan juga pemegang telefon bimbit.

“Ketika cuba ditahan orang awam, suspek lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan suspek perempuan menggunakan sebuah kenderaan jenis Honda City,” katanya dalam satu kenyataan,

Dalam pada itu, suspek juga dilaporkan telah melanggar sebuah motosikal dan kereta lain semasa cuba melairkan diri dan memandu kenderaan dalam keadaan terburu-buru dipercayai panik.

“Pemeriksaan lanjut dibuat mendapati suspek wanita warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga kesalahan lampau melibatkan kes dadah, dia kini dikenakan reman selama empat hari.

“Manakala, polis sedang memburu suspek lelaki yang mempunyai 10 rekod lampau bersabit kes curi dalam bangunan, penyalahgunaan dadah dan juga kes jenayah,” ujarnya.

Selain itu, Raub juga memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

“Sehubungan itu, kami turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek untuk menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nuraziera Miersha Jamaludin di talian 017-3498690,” jelasnya.

BACA: Tular Rakaman Dipercayai Cubaan Bunuh Timb. Presiden Argentina, Pistol Diacu Depan Muka

Sumber: Kosmo!

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.