Najib Dimasukkan Ke Hospital – Pegawai
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Menurut laporan Astro Awani yang memetik sumber, perkara itu telah disahkan oleh pegawai Najib.
Ujarnya, Najib berada dalam keadaan stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang diperlukan.
“Ya Datuk Seri dalam keadaan stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan sewajarnya,” kata pegawai itu kepada Astro Awani.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai sakit yang dialami oleh bekas perdana menteri itu tidak dinyatakan.
Terdahulu, Najib telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tersebut bagi kesalahan menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Bermula sejak minggu lalu, Najib dilaporkan telah menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Sumber: Astro Awani