Siakap Keli
selatan sumatera digegar gempa bumi
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Selatan Sumatera Digegar Gempa Bumi Lagi

Selatan Sumatera digegarkan dengan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher yang direkodkan pada 4.52 petang sebentar tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berkata, pusat gempa bumi terletak pada 5.0 darjah arah selatan dan 102.8 darjah arah timur pada kedalaman 10 kilometer dalam.

Tambah kenyataan itu, gegaran tersebut juga terletak sejauh 126 kilometer barat daya dari wilayah Pagar Alam, Indonesia.

Bagaimanapun menurut Met Malaysia, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

 

Baru dilanda minggu lepas

Selatan Sumatera sekali lagi digegarkan dengan kejadian gempa bumi setelah wilayah itu dilanda fenomena alam berkenaan pada minggu lepas.

Memetik kembali laporan sebelum ini, Met Malaysia memaklumkan wilayah berkenaan digegarkan dengan gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Ritcher kira-kira enam hari lalu.

Maklum Met Malaysia ketika itu, gempa bumi tersebut direkodkan berlaku pada jam 11:29 pagi waktu tempatan yang berpusat di 1.0 darjah selatan dan 98.5 darjah timur dengan kedalaman 34 kilometer.

Difahamkan, tambah Met Malaysia, pusat gegaran itu juga terletak 54 kilometer arah Barat Laut dari Siberut.

Bagaimanapun, Met Malaysia melaporkan tiada ancaman Tsunami dikeluarkan kepada Malaysia ketika itu.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.