Siakap Keli
barang lama tak dipakai
Kredit: Facebook

Serabut Rumah Banyak Barang Lama Tak Pakai & Tak Tahu Macamana Nak Buang? ‘Setelkan’ Je Guna Apps Ni

Rasa kepala berserabut sebab kat rumah ada banyak barang lama yang sudah tak dipakai lagi? Jangan pening kepala, setelkan saja guna aplikasi ini.

Pada zaman moden ini, urusan jual beli pun boleh dilakukan menerusi alam maya. Akan tetapi, semakin banyak barangan yang dibeli, semakin sedikit ruangan yang terdapat dalam tempat kediaman kita.

Apabila rumah menjadi sesak, kita sendiri pun menjadi serabut. Tengok muka orang pun rasa macam nak terkam. Alangkah indahnya jika kita boleh membuang barangan yang tidak diperlukan semudah membuang junk file pada peranti elektronik kita.

Jangan risau! Sekarang anda boleh membuang barangan – barangan sebegini menerusi satu aplikasi,  tak ubah seperti membuat junk file dalam peranti anda.  Ikuti perkongsian daripada Wiser.my seperti di bawah.

Serabut Rumah Banyak Barang Lama Tak Dipakai & Tak Tahu Macamana Nak Buang? ‘Setelkan’ Je Guna Apps Ni

Tidak kisah rumah kecil mahupun besar, pasti akan ada barang-barang lama yang tidak lagi digunakan. Kalau barang itu kecil, mudahlah untuk membuangnya. Jikalau perabot? Boleh sakit pinggang atau bahu dibuatnya.

Oleh yang demikian, sekiranya anda tinggal di negeri Selangor, anda boleh menggunakan aplikasi iClean Selangor. Ia bukanlah sebuah aplikasi baharu tetapi apa yang akan dilakukannya adalah perabot lama, barangan elektrik walaupun sudah rosak dan sebagainya akan dikutip secara percuma dari depan rumah anda.

Dengan ini, anda tidak lagi perlu pening kepala bagaimana untuk membuang barangan yang besar seperti almari, sofa dan lain-lain.

Cara menggunakan iClean Selangor:

Muat turun iClean Selangor di Android atau iOS.

Kredit: Wiser.my

Daftar akaun dan pilih Pihak Berkuasa Tempatan anda. Kemudian buat laporan.

Kredit: Wiser.my

Seterusnya, anda akan dihubungi dalam tempoh 1-2 hari bekerja untuk pegawai mereka meminta gambar barang yang ingin dibuang. Pun begitu, sampah dari sisa makanan tidak boleh dibuang.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Akhir sekali, anda perlu menetapkan tarikh kutipan dan perlu meletakkan barangan tersebut di luar rumah sahaja. Menurut mereka, barangan ini akan dikutip dalam masa 24 jam sejurus anda dihubungi.

Buat pengetahuan, ini adalah senarai Pihak Berkuasa Tempatan yang boleh mengambil barangan tersebut:

  1. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
  2. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  4. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
  5. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  6. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  7. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
  8. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
  9. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
  10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
  11. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  12. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Sumber: Wiser / KDEB

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.