Siakap Keli
Gambar: Mothership

Wanita Cedera Dirempuh Bagasi Terlepas Dari Eskalator

Wanita Cedera Dirempuh Bagasi Terlepas Dari Eskalator

CHINA – Seorang wanita dilapor cedera akibat dirempuh sebuah bagasi yang terlepas dari atas eskalator.

Menurut saluran media China NetEase, kejadian itu berlaku sekitar jam 5 petang pada 29 Ogos di stesen kereta api Hangzhou.

Daripada rakaman kamera litar tertutup CCTV yang disiarkan dalam talian, seorang remaja perempuan, ditemani seorang wanita yang lebih tua, meletakkan beg pakaian berwarna hitam pada eskalator yang bergerak dan membiarkannya jatuh ke bawah. Dia juga memegang satu lagi bagasi lain.

Gambar : Mothership.sg

Video itu kemudiannya dipotong kepada rakaman yang dirakam dari bahagian bawah eskalator.

Seorang wanita dilihat menolehkan kepalanya untuk melihat ke belakang, mungkin kerana dia mendengar bunyi beg pakaian ketika ia jatuh dari tangga.

Gambar : Mothership.sg

Apabila melihat beg pakaian itu meluru ke arahnya, dia mula menuruni eskalator dengan cemas untuk menjauhinya secepat mungkin.

Malangnya, dia tidak dapat mengelak dan dirempuh oleh bagasi tersebut dari arah belakang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat (2 Sep), Hangzhou Metro berkata mangsa telah dihantar ke hospital dengan segera.

Gambar : Mothership.sg

Mangsa berkata dia merasakan sakit yang amat sangat di bahagian bawah belakangnya, tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Dilaporkan remaja perempuan yang melepaskan bagasi itu dikatakan pelajar baru yang hendak melaporkan diri di sebuah universiti. Dia dan keluarganya telah meminta maaf kepada mangsa yang tercedera.

Dalam kes yang sama sebelum ini, mahkamah memerintahkan pemilik bagasi membayar pampasan kepada mangsa yang cedera untuk perbelanjaan perubatan mereka, manakala syarikat kereta api perlu memikul tanggungjawab pampasan tambahan.

Pihak Metro Hangzhou menasihatkan mereka yang membawa bagasi untuk menggunakan lif. Nasihat sebegini sedia ada kepada penumpang melalui siaran biasa dan notis di stesen.

Sumber : Mothership.sg

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.