Siakap Keli
Rayuan Abdul Azeez Batal 13 Pertuduhan Rasuah
Gambar: Bernama

Keputusan Rayuan Abdul Azeez Batal 13 Pertuduhan Rasuah Bakal Diketahui Hari Ini

Keputusan Rayuan Abdul Azeez Batal 13 Pertuduhan Rasuah Bakal Diputuskan Hari Ini

Mahkamah Rayuan hari ini akan membuat keputusan sama ada untuk membenarkan atau menolak rayuan bagi membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Memetik laporan Utusan Malaysia, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali menentukan sama ada Ahli Parlimen Baling itu dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Difahamkan, Abdul Azeez akan dibebaskan daripada tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM13.9 juta jika rayuan beliau dibenarkan.

Bagaimanapun, jika sebaliknya, beliau akan terus dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Setakat ini Hakim Azura Alwi telah mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan pada perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.

Jika keputusan tidak memihak kepadanya, beliau mempunyai satu lagi peluang merayu di Mahkamah Persekutuan kerana permohonan tersebut yang pada asalnya dikemukakan di Mahkamah Tinggi, berakhir di mahkamah tertinggi negara.

Sumber: Utusan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story