Siakap Keli
Pukul & Ikat Guru Matematik
Gambar: Google

Dapat Markah Rendah Dalam Peperiksaan, Pelajar Nekad Pukul & Ikat Guru Matematik Dekat Pokok 

Dapat Markah Rendah Dalam Peperiksaan, Pelajar Nekad Pukul & Ikat Guru Matematik Dekat Pokok 

Seorang guru matematik dan kerani sebuah sekolah di daerah Dumka di Jharkhand didakwa dipukul sebelum diikat pada sebatang pokok kerana memberi markah rendah dalam peperiksaan, kata polis pada Selasa.

Menurut NDTV, Insiden itu berlaku pada Isnin di sebuah Sekolah Kediaman Kerajaan di kawasan polis daerah Gopokandar.

Seramai 11 daripada 32 pelajar di sekolah itu telah mendapat Gred ‘DD’, yang dianggap sebagai gagal, dalam peperiksaan kelas-9. Keputusan peperiksaan itu diumumkan oleh Majlis Akademik Jharkhand (JAC) pada Sabtu, kata polis.

 

“Tiada laporan dibuat berkaitan kes itu, kerana pengurusan sekolah tidak memberikan sebarang aduan bertulis mengenai kejadian itu.

“Selepas pengesahan itu, saya meminta pihak berkuasa sekolah untuk memfailkan aduan tetapi mereka enggan berikutan risau jika akan menjejaskan masa depan pelajar,” kata Polis yang bertanggungjawab dari balai Polis Gopikandar, Nityanand Bhokta.

Polis mengesahkan bahawa guru matematik serta kerani tersebut tidak membuat sebarang laporan polis, kata Bhokta.

 

Pegawai pembangunan Gopikandar, Anant Jha turut pergi ke sekolah itu bersama polis Bhokta untuk melakukan siasatan. Terdapat 200 orang pelajar di sekolah itu dan majoriti pelajarnya terlibat dalam kejadian itu.

“Guru matematik itu sebelum ini merupakan guru besar di sekolah tersebut tetapi dia disingkirkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

“Ia mungkin berkaitan dengan persaingan sesama guru. Untuk mengelak daripada tindakan undang-undang dan ketenteraman sekolah, kelas-9 dan kelas-10 telah digantung sekolah untuk dua hari dan dihantar pulang ke rumah masing-masing,” katanya lagi.

Pelajar tersebut mendakwa guru terbabit memberikan markah rendah kepada mereka dalam peperiksaan praktikal, di mana mereka gagal dalam peperiksaan berkenaan.

Kerani itu didakwa bertanggungjawab memuat naik markah dalam talian laman Majls Akademik Jharkhand.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan sekolah gagal menunjukkan markah peperiksaan amali dan tarikh markah itu dimuat naik ke dalam laman web itu.

“Masih tidak jelas sama ada pelajar gagal dalam kertas teori atau amali. Tindakan pelajar itu, hanya sekadar mendengar khabar angin,” kata Bhokta.

Sumber: NDTV

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.