Terkenal dengan sitkom ‘Empat Sekawan’, pelakon veteran Hon Yit Sin dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun semalam, lapor Awani.
Menurut cucu Yit Sin, Bill Lai, beliau dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di kediaman keluarga di Raub, Pahang.
“Dia pergi dalam keadaan tenang ketika tidur. Dia memang tidak berapa sihat kerana berdepan masalah darah tinggi dan serangan strok ringan beberapa tahun lalu,” katanya memetik Awani.
Bill Lai memaklumkan, sejak akhir tahun lalu kesihatan neneknya semakin merosot namun tidak memberi kesan kepada pergerakan badan.
Mendiang Yit Sin ditempatkan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi bagi memberi penghormatan terakhir oleh keluarga dan juga kenalan rapat.
Upacara pengebumian Yit Sin diadakan pada Rabu, 7 September.
Sebelum ini, ‘Empat Sekawan’ yang pernah disiarkan di stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) mula mencuri perhatian penonton ekoran rancangan itu menonjolkan sifat mesra serta penuh dengan gelak tawa.
Sebelum adanya kewujudan internet, televisyen merupakan salah satu peranti utama dalam menyiarkan berita dan juga rancangan beraneka ragam kepada penonton.
Sitkom yang bersiaran selama dua tahun itu turut memperkenalkan kepada penonton bintang popular antaranya Datuk Lai Meng dan Hon Yit Sin.
Permulaan Karier Hon Yit Sin

Sekitar tahun 1960-an, Yit Sin memulakan karier dalam gelanggang seni tanah air dengan menubuhkan Getai Group bersama Datuk Lai Kwai Yoon dan dua rakannya yang lain.
Populariti mereka meningkat setelah muncul dengan album ‘Tofu Song’ yang berkonsepkan humor.
Setelah itu, mereka sertai program drama di stesen radio RTM yang menghiburkan penonton dengan Empat Sekawan sehingga sitkom tersebut dijadikan rancangan televisyen.
Pelakon veteran itu dikhabarkan tidak pernah berenggang bersama rakannya dan berasa sangat senang dengan kehadiran mereka.
Sumber: Awani