Tolong Bela Anak Luar Nikah Kawan Atas Dasar Kemanusiaan, Wanita Berdepan Hukuman Penjara
Seorang wanita tidak menyangka akan berhadapan dengan hukuman penjara di atas niat sucinya menjaga bayi yang merupakan anak luar nikah hasil hubungan terlarang rakannya bersama seorang anggota polis.
Dia dan suaminya berdepan dengan dakwaan menyediakan dokuman yang tidak sesuai berhubung pengambilan anak angkat yang dibuat oleh nenek kepada bayi berkenaan.
Memetik Kompas.com, wanita itu sebelum ini dihubungi oleh sahabatnya dan diberitahu mengenai kelahiran bayi luar nikah. Dia ditawarkan untuk membela bayi tersebut, dan sekiranya enggan bayi berkenaan mungkin dibuang atau diserahkan kepada keluarga lain.
Disebabkan oleh muncul naluri keibuannya, dia meminta izin kepada suaminya untuk menjaga dan membesarkan bayi tersebut.
“Lantaran itu, saya bertanya kepada ibu bayi ini adakah dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada kepada ibu bapanya mengenai kelahiran itu dan dia hanya menjawab bahawa dia takut dan malu,” jelasnya, lapor Kompas.com.
Sementara itu, sahabatnya dilaporkan hamil sekali lagi hasil hubungan terlarang dengan anggota polis yang sama. Disebabkan itu, dia memaksa rakan untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarganya.
“Selepas ibu anak itu menceritakan hal yang sebenar kepada ibu bapanya, mereka mula bertindak menuntut semula anak pertama dari saya.
“Saya maklumkan kepada mereka bahawa saya telah menyediakan dokumen yang lengkap untuk menjadikan bayi pertama itu sebagai anak angkat, namun hal itu telah ditolak oleh keluarga rakannya.
“Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, keluarga rakannya bertindak melaporkannya kepada pihak polis dan kini saya telah menjadi suspek atas dakwaan menyediakan dokumen palsu,” jelas wanita itu.
Disamping itu, salah seorang anggota polis Sulawesi Selatan, Komang Suartana berkata, wanita itu tidak sepatutnya didakwa kerana jelas wanita ini sudi menjaga bayi ini atas dasar kemanusian.
“Ibu kepada bayi itu sendiri bersetuju untuk memberikan bayinya kepada dia dan dan keluarga yang membantah. Jadi, sepatutnya wanita ini tidak perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang,” jelasnya, lapor Kompas.com
BACA: Bernafas Guna Mesin, Adik Faith Perlukan Bantuan RM 60,000 Untuk Kos Perubatan
Sumber: Kompas.com