Ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sam Lim mencuri tumpuan dunia apabila menggunakan yang bahasa Melayu dan Cina ketika menyampaikan ucapan sulungnya di Parlimen negara itu baru-baru ini.
Difahamkan, Sam Lim, 61, telah memenangi kerusi Perth di Tangney pada pilihan raya umum Australian baru-baru ini sekaligus dilantik sebagai ahli parlimen mewakili Parti Buruh.
Di awal ucapan, beliau merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Australia dan Malaysia yang telah memberi sokongan kepadanya sepanjang tempoh proses pilihan raya itu berlangsung.
“Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelosok dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.
“Terima kasih atas semua dukungan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia. Terima kasih semua,” kata beliau dalam video yang dimuat naik di laman Twitter milik Pembantu Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Tim Watts.
Dalam pada itu, kemenangan Parti Buruh pada pilahan raya umum Australia pada Mei lali mendapat perhatian apabila dua calon mereka, Sam Lim dan Penny Wong merupakan kelahiran Malaysia.
Menurut kenyataan Sinar Harian, Sam Lim dilahirkan di Muar , Johor di kampung Parit Zin dan berhijrah ke negara itu pada 2002 dan Penny Wong pula dilantik sebagai menteri luar dan telah berpindah ke negara itu pada tahun 1976.
Untuk rekod, sebelum Sam Lim berkhidmat sebagai pegawai polis di Australia Barat, beliau merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
@SamLimMP’s first speech in Parliament today was extraordinary.
Filled with love, he gave thanks in three languages – Malay, Mandarin and English.
I’m so proud the reality of the thriving diversity of the modern Australian community is now being reflected in our Parliament. pic.twitter.com/xhOiliULsy
— Tim Watts MP (@TimWattsMP) September 6, 2022
BACA: Lumayan, Lelaki Jepun Dapat Dibayar RM 319 Sejam, Hanya Keluar Jadi ‘Peneman’
Sumber: Tim Watts MP (Twitter), Sinar Harian