Dapat Tatu ‘Gagal’, Wanita ‘Menderita’ Terpaksa Hidup Setahun Dengan Empat Kening Tebal
Seorang wanita terpaksa menerima hakikat bahawa dia perlu menjalani kehidupan dengan empat kening (kening berlapis) selepas mendapatkan perkhidmatan mengcacah tatu yang gagal dan tidak menepati kemahuannya.
Memetik Mirror, Nipapron Meeking, 32, dia telah menghabiskan sebanyak RM183 untuk melakukan prosedur tatu tersebut. Malangnya, dia berasa kesal selepas prosedur itu gagal dan memberikan kesan dua kening tambahan yang dilukis menggunakan dakwat kekal.
Difahamkan, pembikin tatu itu pada mulanya berjanji untuk ‘memadam’ semula tatu kening tersebut, namun kedai tersebut dilaporkan tutup dan pemiliknya tidak berjaya dihubungi.
“Saya dan rakan-rakan merancang untuk pergi bercuti, jadi saya perlukan kening yang baru dan cantik. Salah seorang kawan saya mencadangkan kedai tersebut, tapi selepas melihat cermin, saya hanya mampu terdiam dan kaku.
“Tidak lama selepas itu, kedai tersebut dilaporkan tutup dan saya tidak tahu di mana pemilik kedai itu sekarang. Saya mengalami pengalaman yang teruk dengan empat kening di dahi. Nasib baik saya menemukan artis tatu yang baru.
Dia akhirnya berjaya ‘menyingkirkan’ tatu gagal itu pada minggu lalu apabila salah seorang pembikin tatu yang tidak dikenali menghubunginya untuk membetulkan semula keningnya secara percuma.
Artis tatu, Pattawee Phumkasem berkata, selepas melihat keadaan Nipaporn, dia rasa terpanggil untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Menurutnya, proses tersebut biasanya menelan kos sehingga RM1,835, namun dia sanggup untuk melakukannya secara percuma sahaja.
“Saya perlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk menghasilkan kening yang lebih cantik. Dakwat lama perlu dikeluarkan dan menunggu ia pudar sebelum tatu kening baharu dicacah,” jelasnya, lapor Mirror.
Selepas diperbetul semula, Nipapron menarik nafas lega apabila dia kini boleh tampil dengan lebih yakin selepas lebih setahun hidup dalam keadaan yang memalukan.
Dalam pada itu, Nipapron menjelaskan sebelum ini pernah mendapatkan perkhidmatan beberapa artis tatu lain untuk membersihkan semula tatu yang tidak diingini pada wajahnya itu, tetapi ia tetap menonjol dan tidak memudar.
“Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana hal itu benar-benar menjejaskan keyakinan diri saya.
“Mujur ada artis baharu yang sudi membantu, akhirnya saya dapat menjalani kehidupan normal semula,” jelasnya lagi.
BACA: Tinggalkan ‘PetroDollar’, Rusia & China Sepakat Guna Mata Wang Yuan, Rubel Untuk Bayar Harga Gas
Sumber: Mirror