Siakap Keli

Pemuda & Remaja Perempuan Dipercayai Kekasih Ditemui Mati Dalam Perodua Kancil

Pemuda & Remaja Perempuan Dipercayai Kekasih Ditemui Mati Dalam Perodua Kancil

Seorang pemuda dan remaja perempuan ditemukan mati dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kawasan Alor Gajah, Melaka pada Rabu. Kedua-dua mangsa dipercayai pasangan kekasih.

Mangsa lelaki berusia 20 tahun dan pasangannya berusia 16 tahun, masing-masing ditemui dalam kenderaan yang sama dengan lengkap berpakaian. 

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Razali Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan kedua-dua mayat mangsa yang dilaporkan oleh orang awam pada jam lebih kurang 9.25 pagi. 

Menurut laporan, kedua-dua mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan tersebut serta ditutupi dengan kain kanvas berwarna kelabu dan mangsa lelaki ditemui di tempat duduk pemandu manakala mangsa perempuan di tempat duduk penumpang di sebelah. 

Menurut beliau, keadaan mangsa perempuan kelihatan lentok pada bahu kiri mangsa lelaki yang baru sahaja menamatkan persekolahan di Kelantan. 

“Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kenderaan tersebut milik bapa lelaki terbabit.

“Besar kemungkinan mereka dipercayai terhidu gas karbon monoksida memandangkan pendingin hawa dalam keadaan terbuka dan kenderaan tersebut juga telah kehabisan minyak,” katanya, lapor Sinar Harian. 

Dalam pada itu, berdasarkan pemeriksaan lanjut, mereka juga turut menemukan botol minuman dan telefon bimbit milik mangsa. 

“Siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa berasal dari daerah ini termasuk mangsa perempuan bersekolah di sekolah menengah di daerah sama.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan siasatan awal tidak menemui sebarang petunjuk kepada unsur jenayah,” jelasnya lagi. 

BACA: Dapat Tatu ‘Gagal’, Wanita ‘Menderita’ Terpaksa Hidup Setahun Dengan Empat Kening Tebal

Sumber: Sinar Harian

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.