Tips Nak Beli Barang Rumah Baru ‘Online’, Siap Dapat ‘Free Delivery’ Sampai Depan Rumah
Bila sudah ada rumah sendiri pasti kadangkala tak senang duduk bila memikirkan mengenai ‘suasana’ di dalam rumah. Kalau boleh semua benda perlu kelihatan sempurna dan cantik mata memandang, barulah boleh panggil ‘rumahku syurgaku’.
Sebagai seorang wanita atau suri rumah khasnya, hiasan di dalam rumah sememangnya sangat penting. Boleh dikatakan bahawa barangan di dalam rumah adalah hasil idea daripada mereka yang sudah faham akan apa yang perlu dilakukan. Bukan setakat perabot, barangan elektrik di rumah juga memainkan peranan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan selamat.
Jadi, jika ada barangan elektrik di rumah yang sudah agak lama dan sudah tidak berfungsi dengan baik, maknanya sudah tiba masanya untuk anda menukarkan kepada yang baru.
Tapi kalau nak beli barang elektrik baru untuk rumah, kena pandai juga memilih yang paling berbaloi, barulah boleh jimat berganda-ganda. Oleh itu, kami nak kongsikan pada anda tips untuk memastikan pembelian barangan rumah baharu anda akan menjadi lebih berbaloi dan jimat.
Apa yang dimaksudkan dengan berbaloi adalah anda akan mendapat pulangan S-Coin sehingga 100 peratus.
Tidak cuma itu, pemberian baucar tunai S-Rewards Centre sebanyak RM85 bagi setiap pengguna Senheng App sekiranya memuat turun Senheng App baharu dan sebanyak 50,000 baucar penghantaran percuma sedang menunggu anda.
Malah, anda berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM50,000 dalam Facebook Live.
Tetapi kenapa Senheng App nak belanja banyak sangat ni?
Kalau nak tahu, ia sebenarnya bersempena dengan Grand Launch Senheng App S-Rewards Centre yang berlangsung dari 1 hingga 30 September ini.
Apa itu S-Rewards Centre?
Untuk pengetahuan anda, S-Rewards Centre adalah satu pusat ganjaran dalam Senheng App yang menawarkan S-Coin Cashback sehingga 100 peratus kepada pengguna apabila membeli barangan di dalam S-Rewards Centre.
Terdapat pelbagai kategori dalam S-Rewards Centre ini, termasuk Bayi & Mainan, Barangan Runcit, Ruang Rumah, Fesyen, Kecantikan & Kosmetik dan lain-lain lagi.
Ia mula dilancarkan pada 1 September dan anda akan berpeluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran yang menarik dan berbaloi.
S-Coin Cashback sehingga 100 peratus
Seperti yang dinyatakan tadi, anda akan mendapat S-Coin Cashback sehingga 100 peratus jika membeli barangan di Senheng App. Bagi yang belum tahu, S-Coin adalah sistem yang membolehkan pengguna menerima ganjaran apabila melakukan transaksi pembelian di dalam Senheng App.
S-Coin yang diperoleh boleh ditebus di mana-mana kedai Senheng/senQ seluruh negara.
Dapat banyak baucar
Menariknya, setiap pengguna Senheng App akan mendapat baucar S-Rewards Centre bernilai RM85 (RM10, RM25 dan RM50) secara automatik bermula dari 1 September 2022.
Baucar tersebut boleh digunakan dari 1 hingga 30 September.
Tidak cuma itu, anda juga boleh mengumpul baucar penghantaran percuma setiap minggu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Jangan risau kerana had untuk pengumpulan baucar itu adalah sebanyak 10,000 seminggu. Jadi, bila sudah dapat, jangan lupa guna baucar tersebut dalam masa tiga hari sebelum ia tamat tempoh.
Sambil-sambil kumpul baucar tu, jangan lupa untuk menonton pelancaran secara live di Facebook Senheng Malaysia dari 1 hingga 6 September ini pada jam 8 malam setiap hari.
Tawaran-tawaran menarik dengan S-Coin Cashback sehingga 100 peratus hanya sah ketika sesi live tersebut.
Macam mana? Rasa ‘tergugat’ tak? Cubalah sertai live tersebut, mana tahu nanti dapat menang cabutan bertuah sehingga RM50,000.
Jadi bila dah tahu manfaat dan pembelian berbaloi di Senheng App, pasti si suami tak akan membantah, malah mungkin dia yang lagi laju untuk membeli di Senheng App.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Facebook dan Instagram Senheng serta muat turun SENHENG APP sekarang.