Siakap Keli
Gambar: Utusan Malaysia

“Saya Sokong Terengganu Sebab Isteri…,” – MB Kedah

“Saya Sokong Terengganu Sebab Isteri…,” – MB Kedah

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini telah menyatakan sokongannya kepada pasukan Terengganu FC untuk menewaskan JDT dalam final Piala FA, sabtu ini.

Menurut Utusan, Menteri Besar Kedah itu menyokong Terengganu adalah disebabkan isterinya yang berasal dari negeri tersebut.

“Saya sokong Terengganu sebab isteri saya berasal dari sana. Setakat ini saya belum berkahwin dengan orang Johor dan orang biasa seperti saya sentiasa menyokong pasukan yang dianggap sebagai ‘underdog’,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa, majoriti rakyat Malaysia akan menyokong Terengganu FC dan hanya orang asal Johor sahaja akan menyokong Johor dan mereka dari negeri lain akan menyokong Terengganu.

“Rasanya semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi ke Terengganu FC dan kalau tak percaya, kita tunggu. Orang Johor saja sokong Johor dan negeri lain, semua Terengganu,” katanya.

Sanusi berkata sebegitu dalam satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontijen Kedah Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 bertempat di Dewan Seri Mentaloon pada hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial klip video berdurasi 21 saat memaparkan Muhammad Sanusi menggayakan jersi Terengganu FC dalam satu majlis.

Klip video itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen mengenai sokongan yang diberikan Muhammad Sanusi kepada negeri pantai timur itu.

Muhammad Sanusi juga berlapang dada sekiranya perlawanan pada malam itu tidak memihak kepada pasukan Terengganu FC.

“Saya akan terima dengan berlapang dada,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.