Siakap Keli
Instagram didenda dedah privasi kanak-kanak
Kredit: BBC via Getty Images

Instagram Didenda RM1.8 Bilion, Didakwa Dedah Privasi Kanak-kanak – Laporan

Aplikasi Instagram dilapor didenda sebanyak RM1.8 bilion atas dakwaan melanggar privasi kanak-kanak bawah umur dengan mengeksploitasi maklumat mereka seperti nombor telefon serta alamat email di media sosial, lapor BBC.

Laporan BBC mendedahkan, antara salah satu punca utama pendedahan maklumat dibuat adalah dengan menaik taraf akaun kepada akaun bisnes untuk mengakses bahan analitik seperti ‘lawat profil’.

Walau bagaimanapun tanpa pengguna sedari, mereka sebenarnya telah mendedahkan data peribadi kepada orang ramai terutama sekali penggodam-penggodam (hacker) yang aktif di media sosial.

Syarikat pemilik Instagram, Meta berkata pihaknya sedang merancang untuk membuat rayuan atas kes tersebut di mana ia merupakan denda kali ketiga yang dikenakan oleh pengawal selia.

“Kami menerima denda sebanyak RM1.8 bilion,” maklum syarikat aplikasi itu seperti yang dilapor BBC.

Instagram buat rayuan

Menerusi BBC, Meta berkata siasatan yang dijalankan itu hanya memfokuskan kepada tetapan lama yang telah dibuat pada tahun lalu.

Susulan itu, pihaknya telah mengeluarkan banyak ciri baharu untuk memastikan keselamatan remaja terjamin serta maklumat sulit terjaga.

Ujarnya, akaun kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah itu secara automatik akan bertukar kepada persendirian apabila mereka menyertai Instagram.

“Hanya orang rapat sahaja boleh melihat hantaran yang dibuat oleh mereka, malah orang dewasa yang tidak mengikuti akaun juga tidak boleh hantar mesej kepada mereka.

“Walaupun kami memberi sepenuh kerjasama bersama Persuruhanjaya Perlindungan Data (DPC), kami tidak bersetuju dengan  denda yang diberikan dan berharat untuk membuat rayuan,” katanya lagi.

Pelanggaran besar polisi

Dalam pada itu, ketua polisi dalam talian kanak-kanak, Andy Burrows berkata, denda yang diberikan merupakan pelanggaran terbesar sehingga mempunyai implikasi yang besar serta berpotensi mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.

“Keputusan itu menunjukkan bahawa pihak berkuasa cakna mengenai privasi kanak-kanak dan menjamin keselamatan data mereka,” katanya mengulas mengenai denda itu.

Difahamkan, pihak DPC tidak pernah memberi sejumlah denda yang banyak kepada aplikasi sosial media.

Namun, pada tahun lepas WhatsApp telah didenda sebanyak RM1 bilion manakala pihak berkuasa data Luxembourg mendenda Amazon sebanyak RM3.3 bilion sehingga mencatatkan rekod tertinggi.

Sumber: BBC

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana